KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kontroversi video seks agar mengundurkan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.
Beliau berkata, pendedahan video berunsur seks membabitkan beberapa pemimpin pembangkang akan menunjukkan tahap kebijaksanaan pembangkang menyelesaikan kontroversi panas tersebut.
Sehubungan itu katanya, rakyat juga menjadi penilai untuk memilih pemimpin.
"Kita tak desak pemimpin pembangkang atau (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan sesiapa yang terlibat dalam video seks untuk letak jawatan.
"Mereka ada disiplin parti masing-masing, kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan," kata beliau pada sidang media di PWTC di sini hari ini.
Mengenai individu dalam video itu, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Menurut laporan Bernama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
+ comments + 1 comments
I am really proud to discover you, your blog is really great! I like its interface, and I loved the content too. Above all continue like this!
voyance en ligne
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...