STOKHOLM- Seorang saintis Sweeden mendakwa manusia mampu untuk 'menghidu' sistem imunisasi seseorang yang sedang jatuh sakit. Menurut penyelidik dari Institut Karolinska, Prof Mats Olsson, perkara itu berlaku sekiranya :
1) Sistem imunisasi seseorang individu terlalu aktif dalam tempoh beberapa jam selepas mereka terdedah kepada bakteria. Malah terdapat bukti saintifik dan kisah yang mengaitkan pelbagai jenis penyakit mempunyai bau tertentu.
2)Antara contoh, skrofula, satu jangkitan pada nodis limfa dikatakan mempunyai bau seperti bir yang tidak berbuih, manakala seseorang yang mengalami kencing manis , kadangkala bernafas dan mengeluarkan bau 'aseton'.
3)Dalam kajian terbaharu ini, kami mengkaji keupayaan manusia untuk mengesan penyakit dengan menghidu. "kemampuan untuk mengesan bau-bau ini akan mewakili penyesuaian kritikal yang membolehkan kita untuk mengelak kemungkinan penyakit-penyakit berbahaya.
4) Dalam kajian itu, Prof Olsson dan pasukannya meminta seramai lapan responden yang sihat untuk datang ke makmal dan mereka diberikan suntikan dalam bentuk lipopolysaccharide(LPS), sejenis toksin yang diperbuat daripada bakteria dan di ketahui dapat meningkatkan tindakbalas sistem imunisasi. Seterusnya responden perlu memakai baju T-ketat bagi menyerap peluh mereka dalam tempoh empat jam dengan satu kumpulan berasingan terdiri daripada 40 orang sukarelawan yang kemudiannya diminta menghidu bau peluh itu.
5) Secara keseluruhannya, mereka menilai responden dari kumpulan LPS itu mempunyai bau yang kurang menyenangkan berbanding mereka yang memakai baju T lain.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...