11 April 2013 Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR ini.
Dalam kenyataan media yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa supaya PKR Pusat khususnya kem Azmin Ali dan Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang dan bukannya meletakkan sahabat handai dan saudara mara pimpinan tertentu.
AMK Telok Kemang juga mencadangkan agar BadrulHisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegubard yang ditolak oleh PAS Pulau Pinang di Sg Acheh untuk bertanding mewakili PKR di Telok Kemang.
Antara tetamu yang hadir adalah Kali Dass AJK AMK Telok Kemang dan K Batumalai -AJK AMK Telok Kemang serta Nazrul Ismail. Ada di antara mereka yang hadir berpendapat bahawa sekiranya Dato Kamarul Bahrin bertanding, PKR akan kehilangan kerusi parlimen Telok Kemang.
Sidang media ini jelas menunjukkan kapal parti mereka semakin hari semakin pecah. Ia jelas berlaku bukan sahaja di lain-lain negeri, malah berlaku di Negeri Sembilan. Untuk rekod, Kamarul Baharin (PKR) juga dikatakan jarang berada di kawasan parlimennya dan banyak mengabiskan masa di rumahnya di Kuala Lumpur.
Penentangan di antara Chegubard dan Kamarul Bahrin nampaknya semakin sampai ke kemuncak. Terdahulu, Dato Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri dikatakan sumber dalam PKR adalah orang yang bertanggungjawab mengusir Chegubard dari politik Negeri Sembilan sehingga Chegubard terpaksa melahirkan SAMM selepas terkeluar dari persaingan politik dalaman AMK.
+ comments + 8 comments
la..ni je ke..
Alhamdulillah.Allah sedang menggoncangkan pakatan ini.
kenyataan blog ini bercanggah sedikit dari apa yang sbenarnya amk sampaikan. Amk tidak menolak dato kamarul kerana bertelagah atau tidak sehaluan. Kami menolaknya kerana KPI yg sangat rendah dalam culaan yg di buat oleh amk t.k dari awal tahun 2011. Seseorang yg tidak mendampingi rakyat, tidak wajar di calonkan di kawasan tersebut buat kali ke2. Kita bekerja keras selama ini untuk memenangi pru & mengambil alih n9 dari umno bn yang mengamalkan kronism dan jegala rasuah, tubuh kerajaan negeri baru dan berikan perhikmatan yang terbaik & wajar kepada rakyat negeri9. Demi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pru12 kami terpaksa ikut kehendak pengundi bukan suara ketua cabang atau ketua pkr n9. LFM Learn From Mistake. UBAH DEMI RAKYAT.
aku taknak PKR dah..!!!!!!
Kami mahu rakyat tempatan kawasan mp telok kemang dipilih utk bertanding kami tidak mahu org luar. ....
Kami mahu org tempatan asalkan bukan bn....kami tak nak BN lagi....
HA HA...puak pkr meroyan
Umno kroni dan rasuah...bukan ke PKR lagi terang2 kroninya dan rasuah...haha
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...