BELANJAWAN NEGARA 2015: KRITIKAN KENAPA DAN MENGAPA BAJET UNTUK PENGURUSAN LEBIH TINGGI DARI BAJET PEMBANGUNAN!!?? BACA DULU SEBELUM HUKUM !! ALAHAI NAJIB?

11 Nov 20142comments

BELANJAWAN NEGARA: KENAPA DAN MENGAPA BAJET UNTUK PENGURUSAN LEBIH TINGGI DARI BAJET PEMBANGUNAN!!?? 

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELEBUNGI KEBODOHAN MELAMPAU! KAMON RAKYAT MALAYSIA! BANGKIT !  


1. Persoalan inilah yang kerap dimainkan oleh Orang-orang pembangkang di Malaysia kepada masyarakat Malaysia yang sememangnya menjadi budaya kita menerima bulat-bulat kritikan dan kemudian mengatakan 
"Betullah, kenapa Kementerian Kewangan peruntukkan terlalu banyak  duit negara untuk Belanja Pengurusan?! Kan Lebih progressif jika banyak peruntukan diperuntukkan untuk PEMBANGUNAN?! 


3. Persoalannya Mengapa Belanja Pengurusan Lebih Tinggi dari Belanja ?? 

Jawapan 1 
Belanja Pengurusan yang tinggi menunjukkan Kos Operasi dalam negara semakin meningkat. Kos Operasi sememangnya dalam keadaan sedang meningkat. Harga Barang meningkat bukan sahaja di Malaysia, malah di negara - negara serantau termasuk SELURUH dunia. Ini menunjukkan Pihak Kerajaan perlu menjalankan projek-projek dan program-program Rakyat dengan seberapa pantas yang boleh bagi mengawal Kos Operasi yang semakin menggila.  

Jawapan 2: 

Perbelanjaan pembangunan akan refleks kepada perbelanjaan Mengurus pada masa hadapan.  Contoh yang paling simple dan mudah dicerna adalah jika kerajaan melakukan pembinaan dengan membina 10,000 buah sekolah atau hospital. Sudah ternyatalah sekolah itu perlukan guru , perlukan elektrik , perlukan air, perlukan barang-barang lain. Manakala Hospital pula perlukan DOktor, perlukan mesin , katil dan sebagainya. Gaji para guru dan para doktor serta kos-kos meja kerusi dan katil adalah merupakan Kos Belanja Mengurus.  
Jika Kerajaan memperuntukkan belanja yang BESAR kepada Pembangunan, Sudah ternyatalah Belanja Mengurus pada masa akan datang akan mencanak TINGGI. Jadi , proportion Belanjawan yang telah dikaji oleh Kementerian Kewangan adalah Nisbah yang paling optimum dan efisien bagi mengawal BAJET NEGARA! 

Jawapan 3: 

TAHUN 2015 adalah Tahun penghujung kepada Rancangan Malaysia KE 10. Rancangan Malaysia ke 10 ADALAH rancangan PEMBANGUNAN NEGARA. Banyak projek pembangunan diJalankan di dalam RMK 10. Rujuk Economic Planning Unit . Maka disebabkan itu adalah lebih baik untuk Malaysia menstabilkan peruntukan sedia ada pada Belanjawan 2015! Tambahan pula Pelaksanaan GST akan memberikan impak positif kepada kewangan negara kelak. Tunggu sahaja. 


4.  Memang sengaja MHS nak kupas isu ini walaupun Bajet telah diumum sebulan yang lalu sebab rakyat selama ini diperbodoh-bodohkan oleh pihak yang tahu mengKritik sahaja. Malahan pula Bajet Kewangan baru sahaja diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam selepas diperdebatkan dan dipergaduhkan. 

MHS bukan nak bodek Najib Razak, tapi dah tak sanggup tengok rakyat kena bodoh dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik, tetapi tidak mempunyai pemikiran yang kreatif lagi kritis dalam membangunkan Malaysia , Tanahair tercinta!  


Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
12 November 2014 at 00:35

Bagus penerangan ini. Puak penabur fitnah mmg bodoh-bodoh belaka dan suka memperbodoh-bodohkan masyarakat. Syarat jadi pencacai PR mesti pandai tabur fitnah.

29 August 2017 at 05:45

Berikut adalah idea yang baik tentang artikel masa depan sesungguhnya Kami membaca sedikit perkara dan kadang-kadang bertentangan dengan subjek!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team