KERAJAAN IKUT DENGAR CAKAP RAFIZI!? #HARGA PETROL DISEMBER 2014!

21 Nov 20141comments






Rafizi Ramli dan rakan-rakan setia PRnya pernah berkata : 


"KERAJAAN Perlu menurunkan harga minyak kerana Harga Minyak Dunia sekarang ini tengah turun dan merudum!! Minyak petrol perlu diturunkan setidak-tidaknya pada 1 Disember 2014, jika tidak, PR akan membawa gerakan rakyat Turun ke Jalanraya Secara Besar-besaran membantah HARGA MINYAK! " 
Saya telah berkali-kali mengingatkan Barisan Nasional supaya berlaku adil dengan rakyat dan mengikut konsep ekonomi yang ingin mereka laksanakan sendiri.  
Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adillah harga petrol dan diesel diturunkan APABILA HARGA MINYAK MENTAH TURUN DI PASARAN DUNIA. (Harga petrol perlu ikut harga pasaran dunia) Kata Rafizi


Kalau tak percaya, pergi ke blognya. 

TIDAK JELAS LAGI, MHS akan BESARkan LAGI Kenyataan Rafizi Ramli li li ini ... 


Maka , dengan itu, tidak sewajarnya Para pendokong Rapizi Ramli marah, apabila kabinet meluluskan Apungan Harga Minyak Ikut Pasaran bermula 1 Disember 2014... tetapi Kerajaan akan apungkan harga minyak mengikut harga DUNIA seperti yang dikehendaki Rafizi Ramli ini dengan kawalan Ketat Kerajaan. 


KENYATAAN AKHBAR PELAKSANAAN PENGAPUNGAN TERKAWAL (MANAGE FLOAT) BAGI PETROL RON95 DAN DIESEL


Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.

Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.

Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.

YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK21 NOVEMBER 2014

Jangan marah ya. Kita sama-sama nak harga minyak turun ikut harga DUNIA kan? Maka kalau harga minyak Naik, kita kena ikut naik jugalah... 



Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
21 November 2014 at 05:08

Apa saja BAPOK PANDAN nie cakap PM Najib mesti nak dengar... HAMPEH

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team