KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN DICABAR OLEH PUAK LGBT !

7 Nov 20148comments


Terkejut beruk MHS apabila mendapat tahu bahawa Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menangkis Keputusan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dan Mahkamah Tinggi Seremban untuk menolak penahanan 3 pemuda Islam yang mahu berpewatakan seperti wanita dengan mengenakan pakaian wanita di atas tubuh batang lelaki Islam. 


Keputusan itu SECARA AUTOMATIK MENOLAK Undang-undang Syariah di bawah peruntukan enakmen Negeri apabila keputusan Mahkamah Syariah dicabar dan dibawa ke Mahkamah Rayuan (Civil Law) dan menang Kes pula! 

Apa akan jadi kepada umat Islam di Malaysia jika orang Islam sendiri MENOLAK Hukum Syariah yang telah dimuktamadkan oleh Hakim Islam di Mahkamah Syariah !! 

Tidak Mustahil Semua KES termasuk KES LIWAT, KAHWIN CAMPUR , KAHWIN GAY / LESBIAN yang ditegah Islam dan dibendung di bawah Enakmen Hukuman Syariah setiap negeri boleh dimenangi oleh puak Terlampau ini di Mahkamah CIVIL !! 

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan. 
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

(jika di Melaka seksyen 72 EKSNM 1991)
Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.
Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.
Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.
Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.
Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.
Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.
Share this article :

+ comments + 8 comments

8 November 2014 at 03:03

Tak perlu marah.... ini sebahagian dari tanda sokongan kepada polisi LIBERAlisasi Najib!

Anonymous
11 November 2014 at 00:06

Patuhi hukum dan apa dapat jika laki laki jadi wanita ?

29 August 2017 at 05:43

Saya telah melihat laman web anda sejak tweet, jadi saya berinteraksi dan saya memberi komen apabila panggilan saya dan ia berbaloi.

14 May 2022 at 01:01

check this link right here now designer replica luggage Read Full Report replica bags useful reference gucci replica

3 June 2022 at 03:09

try this out replica gucci Check This Out see post have a peek at this website investigate this site

3 June 2022 at 14:00

his explanation hop over to here why not look here Dolabuy YSL read more these details

3 October 2022 at 10:45

g3e17t1j04 r6l27o1l76 b5o71k9r05 h5i24h5m75 i4o31m2p22 r4x47a9q10

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team