BARISAN ULAMA' SUNNAH TOLAK IS
Pemimpin Persatuan Ulama' Se Dunia, Syeikh Yusuf al-Qardhawi mengatakan pada Julai 2014 bahawa deklarasi dari sebuah kekhalifahan Islam dari Negara Islam militan Iraq dan Syria (ISIS) adalah melanggar hukum syariah.
Julai lalu, para militan mendeklarasikan “khalifah Islam” di daerah-daerah yang mereka ceroboh di Iraq dan Syria dan memerintahkan umat Islam di seluruh dunia untuk bersumpah setia kepada pemimpin mereka Abu Bakr al-Baghdadi.
Sheikh Yusuf al Qardhawi, Ulama berasal dari Ikhwanul Muslimin tersebut mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa deklarasi Khalifah ISIS “batal di bawah syariah.”
IS BUNUH ULAMA' ?
Menurut sumber dalaman Jakim, selain Yusuf Qardhrawi, bumi Syria dan Iraq yang sememangnya dikenali melahirkan para ulama' Islam sejak dahulu hingga kini juga menunjukkan para ulama' mereka tidak bersama perjuangan IS. Malah ada dalam kalangan Ulama' Mu'tabar dibunuh pejuang IS kerana disifat tidak sealiran dengan perjuangan Jihad IS!
- "Jihad bertujuan meningkatkan syiar Islam namun apabila perjuangan itu meruntuhkan lagi Islam dan Islam itu nampak buruk, maka itu bukanlah jihad sebenar! " , tegas sumber dalaman itu lagi.
Jihad kini banyak telah disalah erti. Jihad itu mestilah bermula dalam diri seorang Muslim. Jihad bermula dengan jihad individu untuk menjayakan diri, keluarga, komuniti dan negara , seterusnya dapat membantu negara-negara Islam lain yang ditindas termasuk negara ISLAM yang diceroboh. Menurut sumber itu lagi , Jihad ke atas negara Islam lain yang diceroboh musuh hendaklah dibuat setelah mendapat persetujuan pemerintah dan bukannya dengan membabi buta.
- "Jihad perlu ada strategi, jihad zaman Rasulullah penuh dengan strategi kerana Rasulullah dan para sahabat mahu kemenangan . Tidak seperti sekarang , hanya dilihat seperti membunuh diri tanpa impak yang berkesan ke atas dunia Islam", jelasnya lagi.
Sumber dalaman JAKIM itu mendedahkan lagi sukar untuk menolak kemungkinan bahawa IS ini adalah ciptaan Amerika Syarikat atau kuasa-kuasa besar yang lain dalam peperangan proksi. Allah maha mengetahui segalanya, jelas beliau sambil menutup wawancara.
- "Perlu diingat, Islam bukan disebar secara PEPERANGAN! Islam disebar melalui HIKMAH! Peperangan adalah jalan terakhir apabila umat Islam diserang. Itupun ada syarat tertentu sepertimana peperangan Rasullullah. Rasulullah menegah tentera Islam menyiksa tahanan termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan, apatah lagi membunuh orang awam. Tetapi IS kini melampaui batas dengan melakukan pembunuhan sesuka hati termasuk pembunuhan para Ulama' yang tidak sehaluan dengan mereka! " Tegas beliau.
PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH KEKANG IS
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan satu undang-undang baharu yang bersesuaian digubal untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas.Beliau yang membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS) di bangunan Parlimen hari ini turut mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan Kanun Keseksaan wajar diperkasakan.
“Melihat potensi ancaman daripada kumpulan ini, kita bimbang dan tidak dapat dinafikan kepulangan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara.
“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti keganasan secara bersendirian,” katanya ketika membentangkan kertas putih berkenaan di sidang Dewan Rakyat hari ini,Tegas beliau, penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan atas nama Islam telah memburukkan imej negara dan menjejaskan kesucian agama Islam. - UTUSAN ONLINE- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/pm-bentang-kertas-putih-tangani-is-1.29377#sthash.61OnT4l3.dpuf
UMNO dan PAS dilihat sehaluan pendirian dalam menentang penglibatan rakyat bersama perjuangan jihad songsang Islamic State ini. Sekian.
+ comments + 1 comments
Terima kasih kerana artikel ini yang mengandungi banyak nasihat yang baik. Ini adalah sesuatu yang saya mempunyai pemahaman masa yang sukar sebelum ini.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...