POSTER YANG LANGSUNG TIDAK MENINGKATKAN INTELEKTUAL RAKYAT!

3 Dec 20142comments

Poster ini merupakan salah satu contoh poster yang tidak meningkatkan intelektual rakyat. Namun masih lagi ada pejuang mereka yang melegar-legarkan poster ini bagi memperbodohkan rakyat. 

Mereka mahu Malaysia dibandingkan dengan Singapura. Namun mereka hanya guna alasan Singapura maju kerana Tiada UMNO/BN di Singapura. 

MHS sifatkan jawapan ini: 

1.Jawapan yang dangkal , 
2. 200% prejudis dan 
3. bersifat propaganda murahan dan agak bodoh. 

Sepatutnya, pembuat poster ini perlu menyatakan (fakta sebenar) bahawa Singapura maju kerana: 

a)

Keluasan Singapura untuk dimajukan tidak lebih dari 704km persegi manakala keluasan Malaysia untuk dimajukan adalah 330,803km persegi! Tahukan anda bahawa Jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri yang maju di Malaysia seperti Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, negeri - negeri ini lebih maju dari Singapura sehingga 2 kali ganda KDNK! 

b) 
Singapura umpama Amerika Syarikat, sebuah negara yang mengamalkan kapitalis bebas walau pada hakikatnya rakyat mereka tidak begitu bebas. Sebuah kapitalis bebas tidak banyak menjalankan program-program kesejahteraan rakyat secara khusus, berbeza dengan Malaysia. Anda hanya perlu melihat kepada biasiswa pendidikan sahaja. Berapa banyak rakyat Malaysia yang dibantu untuk belajar?! Terlalu banyak! Belum lagi segala peruntukan untuk sektor - sektor pertanian, sektor perikanan , sektor perkhidmatan dan lain-lain sektor yang semuanya menjurus kepada KEBAJIKAN! 

c) 
Dari faktor sejarah pun , kita semua sudah tahu, pihak British memang telah menjadikan Singapura sebagai hub perdagangan mereka sejak zaman berzaman lagi. 

MHS harap , rakyat tidaklah terlalu bodoh dan naif untuk menelan propaganda bodoh dan dangkal pembangkang Malaysia yang TERLALU NEGATIF WALHAL mereka boleh jadi kaya raya kerana mereka duduk di BUMI BERTUAH MALAYSIA!

Banyak lagi sebab kenapa Singapura dikatakan lebih maju dari Malaysia walhal, mereka tidak lah 'maju sangat' .... 

dan rakyat mereka bukanlah rakyat yang paling GEMBIRA di Dunia.... KERANA rakyat MEREKA lebih gembira berada di HIGHWAY Malaysia, highway mereka kecik-kecik...jalan sikit jumpa simpang.!hahaha







Share this article :

+ comments + 2 comments

3 December 2014 at 21:25

Tangkap jer yg buat poster niih ! Tiga bulan kerah kerja bersih tandas awam. Kenapa begitu ? Sebab otak mereka tahap jamban !!!

Atau guna akta hasutan. Bodoh piang jadi rakyat Malaysia.

5 June 2017 at 03:35

Saya fikir ia adalah artikel yang sangat menarik asas-asas yang boleh membantu ..
Terima kasih kepada orang itu.
hari yang baik!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team