KERAJAAN PULAU PINANG PROVOK SENTIMEN KOMUNIS. LIDAH PAS SIFATKAN TINDAKAN KERAJAAN DAP TIDAK MASUK AKAL!

3 Dec 20142comments


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

"Perkara ini tidak benar sama sekali," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

"Kami tidak pasti dengan khabar angin berkenaan dan sebab itu Pemuda Umno Pulau Pinang mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana perkara berkenaan telah tersebar dalam aplikasi telefon pintar WhatsApp hari ini," katanya.

Rafizal berkata jika dakwaan itu benar, Pemuda Umno akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara.

"Kami akan bantah sekeras-kerasnya jika perkara itu diteruskan," katanya. - Bernama
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
3 December 2014 at 05:16

Tak payahlah asyik kena buli dnganDAP tu, PAS OOIII!!. Lebih bermaruah kalau kau orang keluar je dari PR tu, seamat agama, bangsa dan tanahair...tak gitu?

5 June 2017 at 03:36

Terima kasih kerana nasihat itu. Ia gila di sana sebagai pilihan dan pembangunan percuma! Kita tertanya-tanya bagaimana dia boleh kekal di Web banyak laman web dan goyah bersalah.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team