APA YANG PERLU KITA (RAKYAT) TAHU MENGENAI PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA! #MYRAKYAT #PILIHANRAYAUMUM #MALAYSIA

13 Dec 20142comments















1














Q:
Sempadan Negara Belgium & Netherlands

Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan?
A:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
2
Q:Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya?
A:
Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah,
i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat
3
Q:Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan?
A:
Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:
i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan
4
Q:Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan?
A:
Kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
i- Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan
5
Q:Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?
A:
Sesuatu Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi selepas mengambilkira kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Setiap Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
6
Q:Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?
A:
Daerah Mengundi ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh SPR dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
7
Q:Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?
A:Lokaliti ialah unit yang paling kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih dan alamat masing-masing.
8
Q:
Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?
A:
Jumlah Bahagian Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576.
9
Q:Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia?
A:
Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut:
i- Apabila berlakunya tambahan kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A)
ii- Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri, misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
10
Q:Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ?
A:
Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
11
Q:Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?
A:
Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila urusan persempadanan dilaksanakan.
12
Q:Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan?
A:
Tidak benar. Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan mana-mana pihak, baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dijalankan adalah mengikut undang-undang dan prinsip-prinsip yang yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan persempadanan diluluskan, ianya melalui pelbagai proses undang-undang seperti pameran, bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan seterusnya pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.
Share this article :

+ comments + 2 comments

5 June 2017 at 03:30

A besar terima kasih kerana bahagian yang sangat jelas ini !! hari yang indah.

21 December 2017 at 05:07

Terima kasih atas petua ini. Gila apa yang ada sebagai pilihan dan pembangunan percuma! Seseorang tertanya-tanya bagaimana ia boleh kekal di laman web laman web goyah dan terikat dengan teruk.
voyance

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team