Mayat Pramugari Airasia Ditemui
By editor-2 December 31, 2014 : 12:44 pm
TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.
Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.
“Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan,” katanya kepada Kompas.
Sejak pencarian QZ8501 dilakukan selama tiga hari, pihak penyelamat dilapor telah menemui beberapa mayat terapung selain serpihan pesawat.
Berikutan itu juga, kumpulan penyelam dan dan bantuan kapal laut dilaporkan akan memulakan usaha mencari badan pesawat pada Rabu.
Berdasarkan penemuan tumpahan minyak pada Selasa, pakar percaya pesawat berkenaan mungkin musnah ketika terhempas di permukaan laut.
Selain itu, usaha pencarian juga setakat ini berjaya menemui bayangan pesawat QZ8501 di dasar lautan dan baki mayat berkemungkinan masih di dalam pesawat.
Penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia hilang dari radar selepas 42 minit meninggalkan lapangan terbang di Surabaya pada pagi Ahad.
Pesawat A320-200 yang membawa 162 penumpang ke Singapura itu bagaimanapun disahkan terhempas pada Selasa dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat.
+ comments + 1 comments
supreme clothing
yeezy boost
longchamp handbags
off white shoes
kobe shoes
nike epic react
yeezy boost 350
air jordan
supreme clothing
longchamp handbags
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...