BERTAHANKAH MALAYSIA MENANGANI GELOMBANG EKONOMI YANG MENCABAR?

13 Aug 20152comments

BERTAHANKAH MALAYSIA MENANGANI GELOMBANG EKONOMI YANG MENCABAR? 

1. MHS terpanggil untuk menulis artikel ini setelah memerhati banyak analisis-analisis media sosial yang dibuat oleh mereka-mereka yang tidak ambil ekonomi dan kewangan pun dalam pembelajaran mereka malah ada analisis dibuat oleh remaja belasan tahun tetapi dibaca oleh ramai orang yang berumur puluhan tahun!  

2. Bertahankah Malaysia menangani gelombang ekonomi yang cukup mencabar ini? Tsunami ekonomi yang kini sedang melanda dunia ditambah pula dengan pentadbiran negara yang dicabar kiri dan kanan? Inilah yang menjadi persoalan MHS. 

3. Apabila merujuk kepada laporan-laporan kewangan yang dibuat oleh CIMB Research Analyst dan laporan-laporan ekonomi dunia, Malaysia terutamanya syarikat-syarikat yang menjadi pemangkin kepada kapasiti ekonomi negara dijangka dapat bertahan dan mengharungi gelombang ketidaktentuan ekonomi dunia. 

4. Berbeza semasa situasi kewangan 1997 / 1998 kebanyakan syarikat-syarikat Malaysia ketika ini (2015) mempunyai kekukuhan dalam penyata kewangan mereka termasuk keseimbangan dalam kecairan aset-aset berbanding dengan hutang yang ditanggung. 

5.Sebelum krisis 1997/1998 , nisbah hutang - ekuiti syarikat-syarikat di Malaysia dianggarkan sebanyak 90-100% (Banyaknya hutang berbanding aset yang dipegang). Namun kini (2015) nisbah hutang berbanding ekuiti telah berkurang dianggarkan sebanyak 15% menurut kajian CIMB.

6.Bagi MHS, ini menunjukkan bahawa selepas krisis kewangan teruk pada 1997/1998 , syarikat-syarikat di Malaysia telah belajar untuk tidak bergantung harap kepada hutang dalam perniagaan mereka apatah lagi bergantung harap dari hutang luar negara. (Elakkan risiko hutang melambung apabila matawang jatuh) . 

7. Malah, syarikat - syarikat di Malaysia sebenarnya disaran untuk mengeksploitasi kesan ringgit yang lemah untuk meningkatkan eksport mereka ke luar. Hal ini kerana, produk-produk negara kita menjadi murah di negara lain sekaligus akan meningkatkan permintaan produk-produk yang dikeluarkan oleh Malaysia. 

8. Disebalik Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam keadaan positif. (KDNK bolehlah dikategorikan sebagai pendapatan dan pertumbuhan negara) , hutang negara juga adalah diklasifikasikan sebagai masih rendah (dibawah 55%) jika mengikut garispanduan antarabangsa , malah Kerajaan juga sangat komited untuk menurunkan lagi kadar hutang negara. Hutang negara pula adalah hutang dalaman , dan nisbah hutang luar negara adalah sangat rendah. (Risiko hutang meningkat semasa matawang jatuh adalah minima) 

9. Apa yang rakyat perlu buat adalah tetap kekal berbelanja barangan yang diperbuat dalam Malaysia dan meminimakan perbelanjaan di luar negara kecuali barang-barang keperluan yang sememangnya wajib diimport dari negara luar. (Bundle Consumption) - jangan fikir perbelanjaan kita seorang, bayangkan perbelanjaan untuk 30 juta rakyat. 

10. MHS telah kupas secara rasional Sebab-sebab terjejasnya Ekonomi Negara secara makronya dalam Artikel ini semalam: Ringgit Jatuh, Rakyat Bising - Apa Sebab?


Adios ,

MHS
JUMAAT - 14 OGOS 2015 

Share this article :

+ comments + 2 comments

15 September 2015 at 03:53

Thank you first for this great blog. I come every day including weekends! Good continuation

30 September 2015 at 03:54

Saya serius menikmati siaran anda. Terima kasih banyak-banyak

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team