DISEBALIK BERITA HARGA MINYAK TURUN, PAS BUKAN SEBUAH PARTI DAYUS!

31 Aug 20153comments

1 September 2015 sejurus selepas rakyat negara ini mengingati hari yang dikhususkan untuk menyambut kemerdekaan negara, harga minyak turun lagi dek akibat daripada purata penurunan harga minyak global yang dipantau pihak Kerajaan dalam masa satu bulan. 

Namun , isu pimpinan PAS dihina , dihenjak oleh sekumpulan peserta BERSIH tidak akan padam begitu sahaja. 

Sebagaimana kita tahu, PAS dan para penyokongnya sememangnya wala' kepada pimpinan tambahan lagi pimpinan kali ini merupakan golongan ulama' bertaraf Tuan Guru. 

Video aksi menghenjak muka Tuan Guru Hadi Awang , Presiden Parti PAS yang sangat dihormati pengikut PAS yang sedang viral sejak semalam tidak hanya AKAN DIPANDANG SEPI oleh PAS dan penyokong pimpinan ISLAM dari UMNO. 

DAP dan pengikutnya yang benci sangat dengan TGHadi Awang dan Najib Razak sememangnya perlu berasa RISAU dengan perkara ini. Penentangan mereka di dalam BERSIH 4 umpama seperti penentangan terhadap pimpinan ISLAM. Cuma DAP pandai bermain silap mata dengan mengelabui perhimpunan tersebut dengan kononnya ia adalah agenda buat negara!  

Percayalah, DAP dan pengikutnya , PAS tidak akan memandang sepi terhadap aksi memijak mijak gambar Tuan Guru Hadi Awang yang merupakan PRESIDEN Parti Islam Se-Malaysia! Allahuakbar!   


KENYATAAN KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS! 


1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2. Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut.

3. Kalian telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.

4. Kalian perlu menyedari perbuatan tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama BERSIH yang kamu dukungi.

5. Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni.AHMAD FADHLI SHAARI Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Share this article :

+ comments + 3 comments

14 September 2015 at 02:07

Hello, your blog is too beautiful! I come every day and I like it a lot !!! Thank you and good luck!

voyance gratuite par email ; voyance gratuite en ligne par mail

15 September 2015 at 03:47

Hello, I really love what you do I wonder how I could have missed your blog

30 September 2015 at 03:54

Saya segera akan merebut suapan rss anda kerana saya tidak dapat mencari pautan langganan e-mel anda atau perkhidmatan surat berita. Adakah anda mempunyai apa-apa? Sila beritahu saya supaya saya boleh melanggan. Terima kasih.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team