RINGGIT JATUH, RAKYAT BISING APA SEBAB?

12 Aug 20155comments

Ringgit yang jatuh merudum terus digasak oleh rakyat marhain membuatkan negara kita terus malu memiliki beberapa kelompok rakyat yang mempunyai pemikiran kritikal tetapi malangnya tidak berasaskan ilmu ekonomi yang kukuh dan melaksanakan tuduhan membabi buta. 

Masyarakat dunia mengetahui bahawa kejatuhan nilai matawang dunia ketika ini termasuk matawang negara kita adalah kesan akibat daripada kejatuhan harga minyak yang terus merudum selain kejatuhan produk-produk komoditi seperti harga getah dan harga kelapa sawit. Apatah lagi negara kita merupakan negara yang mempunyai minyak , getah dan sawit. Bila harga komoditi-komoditi ini jatuh, maka kesannya nilai ringgit turut MENERIMA TEKANAN. 

Lebih memburukkan keadaan, semalam ringgit kita jatuh sehingga mencecah ke paras RM4 sedolar disebabkan oleh tindakan negara China melaksanakan penurunan nilai Yuan (Devaluasi) 

Rakyat negara ini perlu banyak membaca laporan-laporan ekonomi dunia. Kalau tidak faham bahasa Inggeris, pihak Utusan dan blogger-blogger bahasa Melayu sudahpun translate / menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda kita - bahasa Melayu. 

Kesan daripada tindakan China menurunkan nilai matawang mereka, bukan setakat Malaysia sahaja yang terkesan , malah negara-negara lain seluruh dunia juga terkesan. Lihat carta di bawah. 

China faham, sejak mengalami transformasi dalam pentadbiran mereka yang mula membuka pasaran dari pasaran domestik (tertutup) kepada pasaran terbuka, matawang Yuan terus mengukuh dan nilainya cukup tinggi dari nilai asal. Namun, pakar ekonomi China juga faham, apabila nilai matawang mereka melambung tinggi, produk-produk yang diperbuat dari China akan hilang nilai kompetitifnya akibat daripada matawang mereka tinggi , menjadikan produk barangan China mahal. 

Maka dengan itu, China terpaksa dengan sengaja menurunkan nilai matawang mereka - bagi membolehkan produk-produk mereka kompetitif. 

Apabila ini berlaku, secara tidak langsung - negara dunia ketika ini hidup dalam keadaan bergantungan sesama sendiri. Contohnya ekonomi Asia bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah manakala Ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat juga bergantung kepada Ekonomi China, Taiwan , Jepun dan lain-lain. Apabila ekonomi China mengalami pembetulan sama ada pembetulan secara naturalisasi mahupun secara artificial, secara tidak langsung, ekonomi negara lain juga turut terjejas. Apatah lagi negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil, bergantung harap ekonomi Asia, China, Amerika Syarikat dan Eropah. 

Justeru, untuk mengaitkan satu syarikat sahaja boleh menjatuhkan ekonomi negara adalah satu dakwaan yang dangkal, bersifat prejudis dan bermotif lain dari landasan sebenar. 

SEKIAN,

Adios , MHS 

Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
13 August 2015 at 04:45

Ulasan yang baik ...

2 September 2015 at 07:29

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

15 September 2015 at 03:55

Always so exciting and so much diversity, I am glad I am Invalid you bring me happiness. Keep going !

25 September 2015 at 14:23

Thanks for sharing

6 October 2015 at 01:00

Saya tidak pasti tempat yang anda mendapat maklumat anda, topik bagaimanapun baik. Saya perlu meluangkan sedikit masa untuk mengetahui lebih lanjut atau bekerja dengan lebih lanjut. Terima kasih untuk maklumat yang hebat saya digunakan untuk berada di dalam pencarian maklumat ini untuk misi saya.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team