[ARTIKEL] MB NEGERI SEMBILAN DISAYANGI RAKYAT!

12 Nov 20154comments

Fakta mengatakan bahawa MB Negeri Sembilan , Dato Seri Utama Hj Muhamad b Hj Hasan disayangi dan dibanggakan oleh rakyatnya bukan menjadi asing lagi. MB Negeri Sembilan atau dikenali sebagai TOK Mat Hasan digelar oleh sebahagian orang-orang lama di Negeri Sembilan sebagai Za'ba Moden. 

Tinjauan MHS terhadap post-post rakyat Negeri Sembilan rata-rata memuji dan berharap beliau terus menerajui Negeri Sembilan. Ada juga yang mengatakan beliau diibaratkan sebagai SEBUTIR PERMATA yang perlu dijaga rakyat. 

Ketinggian akal budinya bukan sahaja terletak dalam butir - butir bicara beliau dalam menegur dan mengurus negeri, malah ia terletak pada TINDAKAN beliau dalam banyak Pelaksanaan Dasar-dasar baru yang datangnya dari Buah Fikiran beliau. 

Anak Kampung berasal dari Rantau ini pernah dikatakan "seorang penjual kereta mana boleh jadi MB" sewaktu beliau mula-mula memegang jawatan MB Negeri Sembilan, sekarang telah membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang MENTERI BESAR Terbaik di Malaysia. 

Di bawah pentadbiran beliau , Negeri Sembilan tidak lagi berhutang dengan Kerajaan Pusat, malah mempunyai SURPLUS / Lebihan dana Kerajaan Negeri berjumlah ratusan juta Ringgit. 

"Mana ada negeri boleh jual air laut masin kepada syarikat luar? Negeri Sembilan sahaja yang mampu jual air masin bergelen-gelen untuk jana pendapatan negeri untuk keperluan JANA KUASA ELEKTRIK selain cukai tanah yang tidak pernah dinaikkan" 
- kata seorang Penjawat Awam yang ditemui MHS. 
Lihat sahaja prasarana rangkaian kemudahan Jalan Raya yang dibina Tok Mat di Negeri Sembilan setaraf jalan raya persekutuan dan bandaran di ibu kota Kuala Lumpur. Tok Mat memang seorang yang prihatin dengan jalanraya kampung. Mungkin kerana atas sifat beliau berasal dari kampung, jalan raya kawasan kampung di Negeri Sembilan ibarat tidak pernah rosak. Asal Rosak sahaja pasti diperbaiki. 

"Itu belum cerita jalan raya di kawasan bandar lagi yang bertingkek - tingkek"
MHS bukan dibayar untuk menulis mengenai kehebatan seorang pemimpin ini tetapi dengan rasa HORMATnya dan kasihnya MHS terhadap TOK MAT yang banyak membantu rakyat di bawahnya dan rakyat di bawah juga sangat MENYAYANGI TOK MAT. 

Ketegasan Tok Mat ada sebabnya. Dia mahukan yang terbaik di bawah pentadbirannya. Idea-idea nya dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan, Dasar Pemodenan dan Pembangunan 30 tahun Negeri Sembilan (2015-2045) dan Dasar Pembangunan Luar Bandar yang akan digagaskan tidak lama lagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin bukan setakat boleh pimpin sebuah negeri , tetapi Sebuah NEGARA! 

Kebolehan diplomatik beliau dalam berurusniaga dengan syarikat - syarikat luar untuk datang melabur di Negeri Sembilan membuktikan bahawa pembangunan di Negeri Sembilan tidak memerlukan pengorbanan wang rakyat dilaburkan , hampir kesemuanya datangnya dari Pelaburan Syarikat Swasta. Cukai Premium pelaburan Syarikat Swasta, dan lain-lain caj yang dikenakan syarat kepada syarikat Swasta telah sedikit menebalkan poket Kerajaan Negeri (wang Rakyat) bagi kemudahan rakyat yang lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. 

Biasiswa untuk anak-anak Negeri Sembilan yang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, Sarjana dan PHD tidak pernah putus meskipun Negeri Sembilan bukan mempunyai hasil mahsul bumi yang banyak, tidak juga menerima sebarang ROYALTI dari Kerajaan Pusat melainkan projek-projek pembangunan biasa yang dibawa Agensi Kerajaan Pusat ke Negeri Sembilan sama macam negeri lain. 

Apapun, Tok Mat memang seorang yang disayangi. Semoga Allah peliharakan Tok Mat, seluruh keluarganya dan rakyatnya, insha Allah , amin. 

Kepada Tok Mat, istiqamohlah. Kepada pemimpin Islam yang lain, contohilah Tok Mat Hasan. Kepada Anak Muda , daya pemikiran Tok Mat perlu anda contohi!

Sekian ,

MHS SAYANG TOK MAT
-pemimpin jiwa rakyat-




Share this article :

+ comments + 4 comments

21 December 2015 at 00:56

Hello, saya benar-benar suka apa yang anda lakukan saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh terlepas blog anda

7 January 2016 at 01:26

je decouvre ton site il est magnifique super bravo a toi je reviendrais le voir bisous

voyante

13 May 2016 at 07:38

Saya terus mencari dalam talian untuk idea-idea yang boleh memudahkan saya. Terima kasih!

Anonymous
23 August 2022 at 06:02


Un petit mot pour vous dire que votre blog est super!
voyance offerte mail gratuit

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team