PEROMPAK, PEROGOL, PENYAMUN MEMANG TOLAK UNDANG-UNDANG. PEMBANGKANG MALAYSIA TOLAK RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN MALAYSIA KENAPA YA?! MEREKA PENYAMUN, PEROMPAK DAN PEROGOL KE?!

3 Dec 20152comments

 
 
 
 
 
 
 
 
Sudahkah anda membaca ulasan-ulasan ini  dan ini  termasuklah yang ini ? Saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan persepsi dalam ulasan-ulasan itu, supaya rakyat mendapat maklumat yang lebih tepat. Adalah sangat tidak adil apabila semua perkara hendak dipolitikkan termasuklah hal ehwal keselamatan rakyat dan keselamatan negara.

Semalam, beberapa pihak menunjukkan kesalahan besar ketika mengulas Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang dibentangkan di Parlimen. 

Terdapat beberapa tuduhan liar kononnya RUU MKN ini akan memberikan kuasa diktator kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat dan sebagainya. Rakyat Malaysia hendaklah peka, di dalam kondisi di seluruh dunia menghadapi pelbagai ancaman dan risiko keselamatan, kita tidak perlu terlalu skapstik dan politicaligalitic dengan membuat tuduhan mudah kononnya RUU MKN ini memberikan kuasa politik yang lebih besar kepada Perdana Menteri. Ini persepsi sahaja. Keselamatan negara tidak boleh dibeli atau dibayar dengan persepsi !

Sebenarnya perbezaan definisi Darurat dan Kawasan Keselamatan adalah umpama langit dan bumi. Apabila Darurat diumumkan, bermaksud semua institusi politik tidak berfungsi, manakala Yang DiPertuan Agong boleh melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada Parlimen. Dalam konteks ini, sesiapa yang didapati berperanan mengkucar-kacirkan keamanan dan keselamatan negara boleh ditahan tanpa bicara. Ianya terbatal apabila dimansuhkan.

Manakala RUU MKN mempunyai had masa 6 bulan sahaja dan perlu memaklumkan kepada Parlimen secepat mungkin. Selepas 6 bulan, jika Parlimen tidak melanjutkannya maka ianya terbatal dengan sendiri.

Jika kita melihat ke belakang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditubuhkan pada tahun 1971 kerana mengambil alih tugas MAGERAN. Punca kuasa MKN ketika itu dari EO (Emergency Ordinance).

Pada tahun 2011, EO telah dibatalkan menyebabkan MKN tiada punca kuasa undang-undang. Kewujudan MKN sebagai penyelaras agensi-agensi berkaitan keselamatan berjalan secara pentadbiran Eksekutif di bawah arahan Perdana Menteri.

Kita hendaklah sedar bahawa RUU MKN lebih baik dari ISA (Internal Security Act). Dalam RUU MKN, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dibicarakan, tiada tahanan tanpa bicara dalam Kawasan Keselamatan. Manakala, semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen akan berkuatkuasa.

Di samping itu, RUU MKN lebih demokrasi kerana keputusan Majlis Keselamatan Negara adalah mengikut majoriti. Perdana Menteri tidak memutuskan sesuatu tindakan secara bersendirian, tetapi diputuskan oleh ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara.

Kuasa pregroratif mana-mana Perdana Menteri adalah melantik Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara, di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan keselamatan negara,  Perdana Menteri akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Satu perkara yang menarik ialah pemilik harta yang digunakan oleh pasukan keselamatan akan mendapat pampasan yang setimpal. Manakala jikalau masih tidak puas hati, ianya boleh dirujuk pula di mahkamah.

KUASA MKN
Kuasa MKN hanya menyelaras tindakan operasi untuk agensi kerajaan melaksanakan tanggungjawab. MKN tidak ada kuasa mendakwa seperti lain-lain agensi keselamatan. Tujuan penyelarasan ini semata-mata untuk keselamatan negara sahaja. Tiada unsur politik atau kepartian pun. Kalau pun tidak ada RUU MKN, kuasa akta lain boleh digunakan seperti akta yang terdapat di dalam JPJ, KPDNKK, PDRM dan sebagainya boleh dikuatkuasakan. 

Ini bermakna, RUU MKN akan memudahkan penyelarasan agensi keselamatan dengan lebih berkesan. Itu sahaja. Adalah tidak benar apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengaitkan kononnya RUU MKN memberi kuasa diktator kepada Perdana Menteri.

Malah sangat menarik, jika berlaku salahlaku oleh anggota keselamatan di Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan akan juga didakwa di bawah akta sedia ada seperti akta jenayah dan sebagainya.Ini membuktikan RUU MKN sangat baik kerana ianya akan memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa oleh anggota keselamatan sendiri.

Lebih telus lagi, semua tindakan yang dilakukan di kawasan keselamatan akan dilaporkan terus kepada Parlimen. Ianya hanya boleh dilaksanakan selama 6 bulan sahaja, sekiranya memerlukan lanjutan ianya mesti dibawa ke Parlimen semula.

Lagi satu perkara yang menarik ialah, undang-undang Awam masih berkuatkuasa di Kawasan Keselamatan yang telah diisytiharkan.

Dengan itu juga, maka RUU MKN sangat-sangat perlu kepada negara untuk mengurus ancaman extremisterrorist dan sebagainya. 

Apakah kita mahu melihat kejadian terrorist seperti di Paris, ramai rakyat yang tidak berdosa terbunuh, baharu hendak bertindak? Kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu keselamatan, sebaliknya kerajaan perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga mengurus keselamatan negara. RUU MKN merupakan suatu usaha kerajaan untuk memantapkan keselamatan rakyat dan keselamatan negara kita. Ianya tiada langsung berkaitan politik mana-mana pihak.

Dengan kewujudan RUU MKN ini nanti, mana-mana Perdana Menteri tidak akan memutuskan secara 'one man show' hal-hal yang berkaitan keselamatan negara di Kawasan Keselamatan. Sebaliknya, ianya diputuskan oleh Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara secara demokrasi, musyawarah dan majoritis !

Sumber jentayuabaka.blogspot.com
Share this article :

+ comments + 2 comments

5 January 2016 at 06:07

Saya tidak pasti mengapa tetapi weblog ini memuatkan sangat perlahan untuk saya. Adakah orang lain yang mempunyai isu ini atau adakah ia masalah bagi pihak saya? Saya akan menyemak kembali di kemudian hari dan lihat jika masalah masih wujud.

21 March 2016 at 06:24

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team