SEMAKIN HARI , SEMAKIN RAMAI HILANG 'RESPECT' PADA TUN MAHATHIR! SATU KUPASAN MENARIK!

3 Aug 201610comments

MHS bukannya nak membela sangat terhadap tohmahan - tohmahan yang dituju kepada kepimpinan negara. Nama pun bersifat tohmahan dan belum pun terbukti secara klinikal baik dari siasatan dalaman mahupun Siasatan Pihak Luar seperti siasatan DOJ Amerika Syarikat. 

DOJ masih gagal membuktikan dakwaan-dakwaan musuh politik Najib. Apa yang membuat orang meluat adalah sikap TUN Mahathir yang sebenarnya MEMALUKAN diri dan menjatuhkan Maruahnya sebagai seorang Pemimpin yang disegani. 

Tun Mahathir melaksanakan serangan kiri dan kanan, depan dan belakang terhadap Najib Razak. Seumpama betul-betul mahu menghancurkan insan yang bernama Najib Razak. Inilah cara politik Tun Mahathir, dari dahulu sehingga kini. Coraknya terhadap musuh-musuh politiknya semakin terserlah sejak akhir-akhir ini. 

Adakah benar niat sebenar Tun Mahathir itu semata-mata bermatlamatkan NEGARA? Apa yang MHS lontarkan adalah persoalan. Sabotaj demi sabotaj dilaksanakannya semata-mata untuk melihat Najib Razak TERSUNGKUR sehingga sebenarnya merosakkan sendiri NEGARA dan INSTITUSI yang kononnya ingin diselamatkan oleh Tun Mahathir sebagaimana cogankatanya "Save Malaysia" ? 

Kepada Tun Mahathir, cukup dan cukuplah. Anda bukan sahaja merosakkan negara, malah merosakkan keperibadian diri sendiri. Rata-rata orang sudah tidak hormat Tun lagi . Dalam politik, 'rakan - rakan ' sekarang pun sebenarnya TIDAK HORMAT pada tun. Malah hanya mempergunakan "orang tua' seperti TUN. Itulah ayat yang MHS kerap dengar bila duduk bersembang di kedai-kedai kopi. 

Tun sanggup menggadaikan prinsip dan semangat 'NASIONALIS' Tun demi hanya ingin melihat orang yang bernama NAJIB RAZAK jatuh. Atau prinsip - prinsip dahulu yang Tun pegang itu hanya TOPENGAN POLITIK semata-mata. Jika benar, Rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu yang setia bersama Tun memperjuangkan apa yang dipercayai oleh mereka (ditanam oleh Tun) dahulu akan merasa cukup TERTIPU. 

Tun memang bijak, itu tidak dinafikan . Masakan Tun digelar "The Cunning Leader" semasa era pemerintahan Tun di dalam UMNO dan di dalam Negara. Kembalikan sikap NEGARAWAN yang Tun semai selama berpuluh tahun. Insan-insan belia yang dibelakang Tun ketika Tun meniupkan api semangat juang kini berumur lewat 40an - 50 an. Kini mereka sangat PELIK dengan insan yang bernama TUN MAHATHIR. 

Tun tinggalkan kiblat "Pandang Timur" , Tun mula bersama-sama dengan dunia Barat. Dahulu Tun bencikan Demokrasi ala Amerika, namun Tun kini meminta bantuan mereka. Kemunafikan apakah ini, Tun?? Tun pernah selar 'double standard' Amerika dalam memperjuangkan Isu Palestin, namun pihak yang sama kini jadi rakan sepermainan Tun. 

Tun pernah gelar DAP = Bapak Racist , tetapi kini Tun semeja merangka strategi "Bagaimana untuk menjatuhkan Kerajaan dan Najib Razak" . Tun yang bersama-sama membina UMNO, namun Tun kini menjadi orang yang akan menjatuhkan UMNO. Nampak seperti Tun mahu melihat UMNO melingkup menyembah bumi. 

Tidak tau apa sebenarnya yang ada di dalam kepala Tun. Benarkah untuk Negara TUN?

 MHS hormat insan yang bernama TUN MAHATHIR namun peratusan kehormatan itu semakin lama semakin pudar selari dengan kepudaran prinsip - prinsip yang ada dalam diri Tun yang semakin hari semakin hilang ditelan zaman. 

ADIOS- 
MHS 




Share this article :

+ comments + 10 comments

Anonymous
3 August 2016 at 01:38

mamakkty madey memang haramjaddah bukak parti BARUA

Anonymous
3 August 2016 at 17:35

Parti BERAK (Barisan Rakyat).

3 August 2016 at 19:49

Dah dapat dedak ke? Ingatlah hidup hanya sementara dan Allah maha mengetahui apa yg kita buat. Beringatlah sebelum terlambat.

3 August 2016 at 19:49

Dah dapat dedak ke? Ingatlah hidup hanya sementara dan Allah maha mengetahui apa yg kita buat. Beringatlah sebelum terlambat.

Anonymous
3 August 2016 at 22:17

KITA MESTI SAYANG PM, APA PM BUAT KITA KENA BISU, KESIAN KEPADA PM, LAGIPUN BUKAN BANYAK AKAUN BANK PERIBADINYA CUMA 2,600 JUTA, LAGI PUN BUKAN BANYAK SANGAT RAKYAT KENA BAYAR GST CUMA 6 PERATUS SAJA, KENAIKAN BARANG PUN BUKAN SUSAH SANGAT, 1MDB PUN BUKAN BANYHAK SANGAT, KESIAN PM KITA DAN KELUARGA DIA, RAKYAT 30 JUTA MAMPUS PI KITA PEDULI APA, KESIAN PM DAN KELUARGA MEREKA SHOPPING PUN BUKAN BANYAK SANGAT CUMA JUTA-JUTA

4 August 2016 at 00:21

MHS mula menulis sebab meluat dengan tindakan TUN yang semakin hari semakin pelik. Lari dengan perjuangan asalnya. Tindakan Tun bukan sekadar mahu menjatuhkan Najib Razak, tetapi mahu negara dan kerajaan melingkup. Sabotaj ekonomi dalaman usah cerita. Sekarang mula usik dengan hubungan negara luar. Rakyat akan merana..

4 August 2016 at 00:22

Jangan marahkan Nyamuk, kelambu dibakar..

4 August 2016 at 00:25

maaf, MHS menulis bukan kerana wang ringgit...tiada dedak seperti difitnah diterima MHS. Wallahi..

19 August 2016 at 03:52

Saya juga boleh mengatakan bahawa kadang-kadang saya belajar banyak perkara di beberapa blog.

7 September 2016 at 05:03

Un blog sympa que je découvre seulement !
voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team