SIAR INI DEMI ISLAM! LAGI ISLAM DIHINA PIMPINAN DAP!

24 Jul 20166comments














Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Mohd Shahir hairan dengan cara berpolitik Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok yang sanggup mempertikaikan amalan solat hajat umat Islam.
Roslan berkata kecuali Teresa Kok, tidak ada mana-mana pemimpin politik pembangkang, termasuk Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang berani mempertikaikan amalan umat Islam itu.
“Tidak pernah seingat saya dalam sejarah politik Malaysia siapa pun berani kritik, pertikai apalagi persenda usaha umat Islam mengadu kepada TuhanNya melalui solat hajat.
“Hatta mendiang Chin Peng yang tiada Tuhan dan merupakan musuh nombor satu negara itu pun tidak pernah perlekeh solat hajat ini.
“Ahli Parlinen Seputeh dari DAP tergamak pertikai dan persenda.
“Padan-padanlah dalam ghairah mahu mengkritik jangan sampai amalan umat Islam pun mahu dipolitikkan ini biadap namanya.
“Tiada adab dan hormat langsung pada amalan agama majoriti rakyat Malaysia. Ahli politik apakah Teresa Kok ini?,” soalnya dalam Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa Kok yang memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkenaan arahannya meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.
“Arahan diadakan solat hajat oleh EXCO Agama Selangor dikatakan …… “What a joke” ….Suatu lawak.
“Jolok sarang tebuan maka bersedialah tanggung risikonya. Jangan nanti terbit dengan pelbagai alasan tak bermaksud begitu begini. Berani biadap beranilah tanggung risikonya.
“Ini bukan kali pertama beliau persendakan Islam dan penganutnya.
“Umat Islam wajar bangkit dan tolak ahli politik seumpama ini. Peliharalah maruah agama dan aqidah kita,”kata Roslan lagi.

CREDIT TO MYMASSA 
Share this article :

+ comments + 6 comments

24 July 2016 at 23:41

Toksahkan Theresa Kok, aku pun ketawa berdekah-dekah.
Dan aku seorang muslimah walaupun aku bukan HOLIER THAN THOU.
Aku cuma heran, apasal AURAT SELINA GOMEZ yang dirisaukan.
Tak langsung merugikan rakyat Malaysia.
Tak langsung perlu diGSTKAN ke atas kita macam kes utang
rm55 billion 1MDB.

19 August 2016 at 03:53

Bravo untuk jawatan ini Tanpa pergi ke "Suka" tweet kecil sering saya gunakan untuk menandakan kelulusan saya, walaupun saya mempunyai apa-apa untuk mengatakan dalam komen.

29 June 2017 at 06:08

Hello, I love your blog it's really nice
continued like that for the rest of it is really perfect believe me.

4 August 2017 at 01:52

Franchement c’est un super blog grâce a ce site j’ai appris beaucoup de chose j’adore ce blog continue ainsi …

11 February 2020 at 02:20


J’ai passé un bon moments et j en ai eue plein les yeux!!!
voyance mail gratuit

Anonymous
19 July 2022 at 03:56

Très bon article, comme toujours. Il a le mérite de susciter le commentaire 

voyance mail gratuit direct

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team