2355 KELAS PERALIHAN DI MALAYSIA , SAMPAI BILA MAHU BEGINI?

22 Jan 20141comments

1. Kelas Peralihan di Malaysia diasaskan bagi membantu para pelajar bukan dalam kalangan yang berbangsa Melayu untuk menguasai Bahasa Kebangsaan.  

2. Jikalau anda pernah berada di dalam kelas Peralihan ini, para pelajar ini ditempatkan di kelas-kelas ini sebelum melangkah ke Kelas Tingkatan 1 yang sebenar. Hal ini bermakna , para pelajar ini mula masuk ke Kelas Tingkatan 1 sebenar adalah berumur 14 tahun, tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang mula melangkah ke Tingkatan 1 pada umur 13 tahun. 

3. Mereka dimasukkan ke dalam kelas Peralihan di Sekolah Menenangah kerana tahap kebolehan bercakap dalam Bahasa Kebangsaan mereka lemah dan ada di antara mereka tidak boleh langsung berbahasa Kebangsaan. Kebanyakan mereka berasal dari SJKC / SJKT. 

4. Ada dalam kalangan pelajar berkenaan juga tidak memahami Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris.  

5. Tujuan kelas peralihan juga baik iaitu Kelas peralihan ini bertujuan membolehkan murid dari SJK mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik sebagai persediaan mengikuti pendidikan di sekolah menengah. 

6. Namun sampai bila perkara ini perlu berlaku dalam kalangan SJKC / SJKT? Masih sukar menguasai dan memahami Bahasa Kebangsaan?! 

7.  Sudah tiba masanya untuk masyarakat kita disatukan dalam satu sistem persekolahan agar agenda Nasional menyatukan rakyat dapat dipupuk sedari kecil. 

8. Keengganan kelompok yang masih mempertahankan vernakular ini dan melaksanakan tekanan dari segi politik menunjukkan mereka tidak mahu bersama-sama memupuk perpaduan rakyat! 

9. Justeru, persoalan kedua, siapa sebenarnya yang tidak mahu hidup di bawah satu rumpun sebagai rakyat Malaysia sebenar? 



Mereka rasis sebab itu mereka tuduh kita rasis! 


Bilangan Sekolah
PeringkatBilangan Sekolah
Rendah7,746
Menengah2,355
Jumlah10,101
Bilangan Murid (Enrolmen)
PeringkatJumlah
Prasekolah192,183
Rendah2,740,992
Menengah2,285,446
Jumlah5,218,621
Bilangan Guru
PeringkatJumlah
Rendah241,068
Menengah178,872
Jumlah419,940
Data EMIS 30 November 2013 -Kementerian Pelajaran Malaysia 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
12 March 2018 at 05:18

tq for explaining

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team