SUDAH LAMA TIDAK MENULIS #Ukhuwah

8 Jan 20171comments

 Assalamualaikum w.b.t 

Salam sejahtera kepada semua pembaca MHS dan mereka yang selalu membaca MHS yang tidak lagi seaktif suatu ketika dahulu. Bukan bermaksud MHS menyembunyikan diri, MHS tetap aktif menulis di ruangan-ruangan yang lain di platform yang lain. :-) Tengoklah Nogori Info FB, N9XPress , dan lain-lain. (Sempat promote) 

MHS lihat sikap orang Melayu Islam kebanyakan masih tidak berubah. Di dalam Group-group Whassap terutamanya di dalam group- Group Politik (lebih 10 group politik MHS ada) , mereka-mereka yang gemar berpolitik hanya menghamburkan kata-kata kesat, berita-berita Half Truth (Fitnah) di antara satu sama lain, tatkala pihak-pihak lain hanya memerhati tulisan-tulisan isi hati mereka. 

Inikah akhlak Islamiyah yang diajar Rasulullah S.A.W melalui Kitab Suci Al - Quran dan Ass sunnah? Atau ini lah yang dikhabarkan oleh Rasulullah bahawa akhir zaman ini "FITNAH IBARAT ANGIN?" dan inilah akhlak manusia akhir zaman? 

Subhanallah, MHS rasa takut dan gentar jika amaran-amaran yang dikemukan Rasulullah S.A.W lebih ribuan tahun dahulu mula muncul secara terang-terangan di dalam bangsa Melayu Agama Islam di Malaysia. 

Sedar lah wahai umat Islam, marilah kita kembali kepada Allah dan Rasulnya. Tetapkan pemikiran , hati terus berakidah dan beramal kerana Allah Azza Wajalla . Insya Allah, selamat semuanya, Amin 


MHS
9 Januari 2017

Share this article :

+ comments + 1 comments

12 April 2017 at 06:19

Thanks to your site I have just learned several things. Continue!

voyance gratuite en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team