PEMBERONTAK TERUS DIBURU! MHS MINTAK PENDUDUK BENAM MUKA PEMBERONTAK DALAM LUMPUR! #PrayForSabah #LahadDatu #OpDaulat

5 Mar 20130 comments


Pemberontak yang dapat ditangkap penduduk seharusnya dibenamkan sahaja muka mereka ke dalam lumpur, agar mereka tahu bahawa rakyat Sabah sendiri tidak menerima kehadiran mereka! 


Laporan Akhbar: 

LAHAD DATU - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.
    
Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.
   
Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.
    
Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.
    
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.
   
Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.
  
Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.
   
Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team