TERKINI! PEMILIK HELIKOPTER SPY TUMPAS!

20 Aug 20130 comments


Pemilik helikopter yang didakwa mengintip Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong
 telah menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Cheras semalam.
Dua lelaki berusia 39 dan 47 tahun tersebut bagaimanapun menafikan berniat mengintip rumah Wee sebaliknya mengatakan hanya mahu menguji helikopter tersebut, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh.
"Mereka mendakwa telah menguji helikopter tersebut untuk mengambil gambar di kawasan berkenaan," kata Mohan yang dipetik berkata dalam sebuah laman portal MStar.
Mohan kemudiaan berkata setakat ini pihak polis tidak menemui sebarang motif dalam siasatan mereka, serta mendedahkan kedua-dua individu tersebut bukan ahli politik mana-mana parti.
Pada 16 Ogos lalu, Wee dalam satu sidang media mendakwa terdapat sebuah sebuah helikopter kawalan jauh merakam video rumahnya di Bukit Kiara secara rahsia baru-baru ini.
Beliau mendedahkan helikopter dengan enam kipas (hexacopter) yang dilengkapi kamera itu ditemui di atas bumbung balkoni rumahnya pada 8 Ogos lalu oleh jirannya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.
Wee kemudiannya menonton video tersebut yang dirakam dari helikopter mendapati ia dilakukan oleh dua orang lelaki.
Mereka menggendalikan helikopter itu dari satu gelanggang bola keranjang terbuka untuk merakam video rumah Wee dan jiran-jirannya.
Menurut Wee, berdasarkan kajian yang dilakukan melalui internet, sebuah kamera dalam hexacopter bernilai AS$399 (RM1,309) biasanya digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat untuk mengesan pergerakan pengganas.
"Adakah saya seorang pengganas? Mengapa saya mesti tertakluk kepada semua ini? Sila berlaku adil kepada saya," kata Wee.
Beliau berkata terdapat lima rakaman video dalam kamera dan salah satu daripadanya jelas menunjukkan wajah dua lelaki di belakangnya.
"Salah satu daripada mereka yang terlibat dipercayai dari China. Dia bercakap loghat Cina yang pekat dalam video itu," katanya.
Kejadian ini dipercayai berlaku menjelang pemilihan MCA yang akan berlangsung tidak lama lagi. - 20 Ogos, 2013.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team