Perhimpunan UMNO kali ini cukup menyentuh perasaan ahli - ahli parti mahupun mereka yang tidak berparti. Ia cukup mengujakan terutamanya melihat kemelut dalaman Kepimpinan Tertinggi Parti yang menjadi RAHSIA Terbuka buat rakyat.
Namun apa yang menarik, sikap keterbukaan Presiden Parti, Timbalan Presiden Parti dan Mantan Presiden Parti untuk sama-sama duduk mendengar Amanat Presiden Parti semalam, Inilah budaya adat resam timur yang masih bersisa di jiwa orang-orang Melayu. Bergaduh macam mana pun kita boleh duduk sebaris lagi.
Cukup menarik , di hadapan Mantan Presiden , Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang tidak sehaluan dengan Presiden , Tuan Presiden boleh memperjelaskan isi hati yang selama ini dipendamnya malah menyeru agar mereka yang tidak sehaluan dengannya bersifat terbuka dan mengambil jalan yang jernih.
Lagi menarik apabila Timbalan Presiden , Mantan Presiden dan Naib Presiden yang tidak sehaluan turut hadir mendengar amanat Presiden itu meskipun tahu, sokongan yang hadir sudah pasti memihak kepada Tuan Presiden yang sedang berucap mempertahankan pendiriannya.
Paling menarik, ahli - ahli parti juga mahu dan secara terang-terangan agar kemelut kepimpinan ini dipulihkan dan dijernihkan. Barisan Pemuda pula menganggap Presiden dan Timbalan Presiden merupakan abang mereka.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Seru lah kepada perpaduan. Buang lah persengketaan. Perkara ini MHS tuju buat diri, rakan-rakan dan ahli-ahli parti kedua-dua parti Melayu - Islam iaitu UMNO dan PAS. Meskipun MHS bukan ahli parti mana-mana parti dan tidak berpartisan, MHS sangat sayang akan kedua-dua banteng demokrasi orang Islam iaitu UMNO dan PAS.
Ambil lah sikap terbuka baik buat Presiden Parti dan Timbalan Presiden Parti kerana apabila dua gajah bergaduh, pelanduk akan mati ditengah-tengah.
Ingatlah , kita hidup tidak menongkat langit. Bukan pemerintahan dunia yang hanya dikejar. Akhiratlah tempat yang kekal abadi selama-lamanya. Namun , demi menjaga kemaslahatan Ummah, menjaga syiar dan akidah Islam yang hanya bersisa daging yang terlekat dicelah tulangan ikan, amat WAJIB bagi kita mempertahankan pemerintahan yang bertunjang dan berteraskan Islam. MHS secara jujurnya tidak sanggup melihat pemerintahan ini lenyap ditelan zaman. Jangan ditiup baranya arang, kelak bukan arang sahaja yang terbakar, kayu ditepi juga kan menjadi habuk.
Ingatlah, jangan terlalu mengharap panas sampai ke petang, tetapi guruh yang berbunyi bukan juga petanda hujan.
Sekian
11 Disember 2015
+ comments + 7 comments
Selagi PAS tak bergabung dengna UMNO, PASlah alternatif untuk
orang Melayu atas pagar. Kenapa berfikiran seolah-olah cuma UMNO
saja yang boleh di harap memperjuangkan agama dan bangsa.....????
Lainlah kalau NAJIB letak jawatan, barulah UMNO releven
Aku tidak akan berbuat dalam keaslian tetapi blog anda begitu baik anda tidak boleh mengatakan apa-apa selain TERIMA KASIH!
anda boleh mempunyai blog yang hebat di sini! anda akan mahu untuk membuat beberapa menjemput posting di laman blog saya?
Abang saya mencadangkan saya mungkin suka blog ini. Beliau adalah sepenuhnya betul. Jawatan ini benar-benar membuat hari saya. Anda cann't bayangkan betapa banyak masa yang saya telah membelanjakan untuk maklumat ini! Terima kasih!
Bonne ambiance, bonne présentation etc... C’est un régal dans la journée que de venir le parcourir
voyance mail gratuite
Saya di atas pagar, munkin klu sblm ni Umno tapi setelah goyah dengan Hal DSJIB munkin ke PAS sbb Pas dah buang anasir2 Jahat seperti DAP dan Amat Sabu. Bersatu pula walau ada TUN M tapi, takut di gunakan Freemason kerna di lihat bersama bersih yang di tanggung gereja angelican duit freemason serta LGBT serta paling tak guna DAP@PAP
Mille mercis pour tout.
Tu es incroyable, mille bisous pour toi.
voyance en ligne par mail
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...