TELITI GESAAN ALLAH TAALA UNTUK UMAT ISLAM - "MAAF DAN MEMAAFKAN ADALAH PERJUANGAN PAS - Setiausaha Agung PAS "

21 Dec 20154comments


“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara, oleh
karena itu adakanlah perdamaian diantara saudara-
saudaramu, dan takutlah kepada Allah agar kamu mendapat
rahmat.

Hai orang-orang yang beriman!Jangan ada satupun
kaum merendahkan kaum lain, sebab barangkalimereka (yang
direndahkan) itu justru lebih baik dari mereka (yang
merendahkan); dan janganlah ada perempuan merendahkan
perempuan lainnya, sebab barangkali mereka (yang
direndahkan) itu lebih baik dari mereka (yang merendahkan);
dan jangan kamu mencela diri-diri kamu; dan jangan kamu
memberi gelar dengan gelar-gelar (yang tidak baik) – misalnya
fasik– sebab seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah dia itu
beriman, dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itu
adalah orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak sangka, karena sesungguhnya
sebagian sangkaan itu berdosa; dan jangan kamu mengintai
(menyelidiki cacat orang lain); dan jangan sebagian kamu
mengumpat sebagiannya, apakah salah seorang di antara
kamu suka makan daging bangkaisaudaramu padahal kamu
tidak menyukainya? Takutlah kepada Allah, karena
sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan belas-kasih.”
(al-Hujurat: 10-12)



MyMassa dalam posting terbaru mereka menyatakan PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan PAS, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu. Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.
Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu."

Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.

Kedua-dua mereka juga diberikan tepukan gemuruh ahli-ahli Perkasa apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan kehadiran pemimpin PAS itu. – 20 Disember, 2015.


Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
23 December 2015 at 16:43

KIHKIHKIH......................orang terdesak sanggup jual apa saja untuk mensucikan diri. Pakailah jubah, kepala berbalot, perasuah kekal peraswah

7 January 2016 at 01:21

J’adore ! Un site sur lequel on ne voit pas le temps passer !!
Merci à vous !

voyance gratuite, voyance par mail gratuite

3 March 2016 at 00:50

Nagyon büszke vagyok, hogy megtalálják, a blog tényleg jó! Szeretem a felület, és én is szerettem a tartalmat is. Különösen így tovább!

Anonymous
24 October 2016 at 19:40

demi kesatuan Ummah letakkan hal lain di belakang otak senkek korang. Sblm tu DSJIB kene undur dulu. Baru Umno dan Pas tak terpalit dengan kesalahan lalu

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team