KHALID MENGADAP SULTAN.

23 Jul 20140 comments

KUALA SELANGOR 24 Julai - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.


Abdul Khalid berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.

"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam tadi.
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.- BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140724/po_01/Abdul-Khalid-berbincang-dengan-Sultan-Selangor-berhubung-jawatannya#ixzz38LQVxB2p 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team