CUKAI PROGRESIF (CGT) VERSUS CUKAI GST YANG WAJIB KITA TAHU!

13 Oct 20142comments

1.Apabila pihak kerajaan mencadangkan akan melaksanakan cukai GST, maka bantahan demi bantahan dilakukan oleh pihak pembangkang dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas tanpa ada cadangan bagaimana keadaan cukai negara dapat diperbaiki. 

2. Namun sesudah setahun berlalu sejak Pengumuman PM Najib pada Bajet 2014 yang diumumkan pada tahun 2013, yang menyatakan Malaysia akan mengguna pakai GST menggantikan cukai sekarang, dan setelah rakyat mula faham dan peniaga sudah mula mahu menerima pakai / mendaftar kepada SISTEM GST , maka barulah timbul Cadangan Pakatan Pembangkang iaitu mencadangkan Cukai Progressif itupun setelah PM Najib sudah pun mengumumkan Bajet 2015 pada jumaat minggu lalu. 

3. Namun apakah itu Cukai Progressif CGT yang dicanang Ahli Parlimen DAP, Serdang Ong Kian Ming itu?? Rakyat Malaysia tidak kira penyokong BN ataupun PAS,PKR dan DAP perlu faham jenis-jenis cukai INI sama ada GST(BN)  atau CGT (PAS,PKR, DAP) ! 

4. Cukai progressif adalah cukai yang dikenakan di atas keuntungan modal ekuiti. Jika ekonomi dalam keadaan baik, pendapatan keatas pelaburan pun baik, maka baik jugalah pulangan bagi Cukai Negara. Sebab ekonomi Malaysia ketika ini mengukuh, makan Ong Kian Ming mengunjurkan negara akan dapat RM3 Billion pada tahun pertama pelaksanaannya. Banyak untung, banyaklah cukai diperoleh Kerajaan! 

5. Namun tahukah anda , apa KESAN Cukai Progressif anjuran DAP ini apabila ekonomi Malaysia menerjah ke jendela kemurungan seperti mana berlaku pada tahun-tahun krisis ekonomi iaitu pada tahun 1989, 1997 dan 2008??! Banyak untung, banyaklah cukai diperolehi, kalau sikit untung?? Maka sedikitlah cukai diperolehi! 

6. Ya , KESANNYA lebih teruk dan menyukarkan negara keluar dari kamelut ekonomi! Apabila pendapatan berkurangan, kutipan cukai juga merosot , negara tiada dana untuk menggerakkan semula ekonomi negara ,akhirnya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi dan rakyat !  

7. Apabila merujuk kepada cukai ke atas pelaburan, sebagaimana diketahui Pelaburan-pelaburan di Permodalah Nasional Berhad seperti ASB, ASN, ASG , di KWSP , di Tabung Haji dan lain-lain instrumen pelaburan lain akan dicukai! 
Anda bayangkan sendiri, ASB selalunya memberi pulangan sehingga 8%, jika Cukai CGT ini dikenakan sehingga 5% sahaja, maka pulangan kepada pelabur ASB hanyalah sekitar 3%! Maka agenda meningkatkan pelaburan kaum bumiputra sehingga 30% akan lagi jauh dicapai!! 
8. Cukai CGT yang dicanangkan DAP bakal meingkatkan kos operasi perniagaan / pelaburan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak kompetetif untuk pelabur luar. Kesannya, kita akan terus tewas dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar malah dengan Cambodia!  Tiada pelaburan langsung luar bermaksud , tiada pekerjaan untuk anak tempatan ......ekonomi? tak payah cerita...merudum dan terus merudum... 


9. Berbeza dengan GST, sebagaimana kita sedia maklum, kebanyakan barang yang penting buat rakyat dikecualikan daripada cukai. GST bertujuan meningkatkan kecekapan pengutipan cukai negara! Dalam erti kata lain, peniaga - peniaga yang gemar lari dari cukai kini tidak akan terlepas lagi! 

-ADIOS MHS! 
Share this article :

+ comments + 2 comments

21 October 2014 at 04:50

Tahniah untuk yang sangat menyenangkan untuk melayari laman web ini.

Anonymous
30 October 2014 at 07:14

un sitio tarjeta preciosa que descubrí por casualidad y para mi gran placer, bravo !!

voyante gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team