HOT!! WASIAT KARPAL SINGH BUAT PENGIKUTNYA!! THE LAST WISHES OF MR KARPAL !!

20 Apr 20140 comments



Antara wasiat / harta peninggalan terakhir Karpal Singh buat rakyat Malaysia !! 


Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu. Namun semuanya Tun ketepikan…kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara. 

Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu. 

Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap , didakwa dan dipenjara. 

Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia, atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti. 

Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. Teliti, baca dan fahami betul-betul. Kemudian fikir-fikirkan. Klik pada imej untuk membaca dengan jelas. 


Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 22 Oktober 1997 



Lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?




Ini detik-detik permulaan Karpal mengasak Permatang Pauh



Karpal masih berlemput atau berlapik dan dia berkata 'kewajipan' beliau mempertahankan orang Pulau Pinang kerana dia pun orang Pulau Pinang. Cekappppp


Aik ! Ketika itu Anwar percaya pula sumpah dengan nama Allah. Lihat perenggan ketiga. Kenapa pula sekarang tak percaya sumpah dengan nama Allah dan takut nak bersumpah dengan nama Allah ? 

Kuat Kadir Sheikh Fadzir pertahan bos dia


Sekarang kita lihat pula asakan Karpal yang lebih keras dua bulan selepas itu, iaitu pada 18 Disember 1997. 

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 18 Disember 1997


Sekali lagi, lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?



Jeng…jeng…jeng…lihat anak panah merah. Asakan Karpal yang lebih keras terhadap Permatang Pauh mula mengambil tempat 


Anak panah merah: Itulah ayat 'pembunuh' yang menjadi penghalang cita-cita Anwar untuk menjadi PM. Dalam Parlimen beb. Akuan bersumpah pula tu. Bukannya surat layang yang kita terima kemudian diminta fotokopi 10 keping dan edar. Siapa yang dapat lagi, fotokopi pula 10 keping dan edar. Karpal siap nak panggil Azizan (mangsa liwat) ke Dewan Rakyat lagi. 


Hebat orang-orang Anwar ganggu Karpal dan panggil Karpal benggali lagi dalam Parlimen. Hari ini Anwar kata anak cina anak dia, anak india anak dia, anak iban pun anak dia. Mana suara dia waktu Karpal dipanggil benggali oleh orang-orang dia? 


Memang layaklah Karpal digelar Harimau Jelutong. Dia memang berani. Dia gasak TPM pasal salah laku moral rapat ke dinding walaupun diganggu dengan hebat oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba menghalang Karpal terus mengasak. 

Berdasarkan semua fakta inilah saya katakan Mendiang Karpal Singh patut diberi penghormatan negara. Jasanya cukup besar kepada negara. Pendedahannya membuatkan Tun Dr M membuka mata dan seterusnya mengarahkan polis menyiasat. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib negara kita sekarang. 

Sayang semuanya telah terlambat. Mendiang Karpal telah disemadikan semalam tanpa mendapat penghormatan negara. Hanya sekadar penghormatan negeri. Namun begitu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib masih ada peluang jika ingin menghargai jasa Karpal Singh. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mengusulkan kepada Istana Negara supaya Mendiang Karpal Singh diberi gelaran Tun.

Dengan membaca hujah dan bukti yang diberikan oleh sahabat blogger RBF adakah pembaca setuju jika Karpal diberikan penghormatan negara?

Inilah wasiat yang diperturunkan Karpal Kepada Anwar Ibrahim yang masih belum dijawab oleh Anwar Ibrahim sehingga kini. 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team