MELAKA RUNTUH WALAUPUN PUNYA HANG TUAH LAKSAMANA HEBAT!!
Negara diwar-warkan akan menuju ke negara maju, Malaysia Maju Tahun 2020, namun sebilangan besar pemimpin masyarakat yang tidak suka dengan wawasan Kerajaan ini telah memboikot Malaysia dari segenap segi.
Tahukah anda dengan memburuk-burukkan negara sendiri , ia menyebabkan uncertainty (kebimbangan atas ketidaktentuan) para pelabur terhadap Malaysia?
Berilah berapa billion dana negara dilaburkan Kerajaan untuk mempromosi Malaysia, tetapi jika ada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berpengaruh di Malaysia yang suka memburuk-burukkan keadaan tambahan pula rakyat negara ini terpengaruh sambil menambah-nambahkan bahawa kononnnya negara ini sedang tenat , maka para pelabur tidak akan menambahkan pelaburan mereka di sini? Ia bukan hanya melibatkan pelaburan fizikal dalam bentuk membina kilang dan sebagainya, malah ia melibatkan soal pelaburan dalam sektor perbankan, pasaran saham dan ringgit Malaysia.
Najib dilihat mengambil risiko dengan memperkenalkan GST. Walhal GST ini sebenarnya mengoptimumkan dan meningkatkan efisien dan kecekapan pengutipan cukai. Rakyat tidak faham bahawa ketika ini sememangnya mereka telah dikenakan cukai sebanyak 6% - 10 % ke atas barang dan perkhidmatan yang mereka guna kini, tetapi mereka tidak nampak. Dek kerana ia tidak dinyatakan bahawa mereka telah dikenakan cukai. Ironinya pihak kerajaan juga tidak menerima cukai-cukai berkenaan . Ianya dicekik oleh mereka (peniaga-peniaga / pemborong tamak yang menipu) .
Pihak pembangkang juga perlu sedar, usaha mereka memburuk-burukkan negara sebenarnya menambah tenat buat negara tercinta ini. Tatkala sistem GST yang hendak diperkenalkan dilihat boleh menjadi jalan keluar terhadap kemelut negara dan rakyat, mereka tentang habis-habisan!
MHS 100% percaya, jika PR memerintah , mereka tidak akan mengubah balik sistem GST yang telah dilaksanakan kepada sistem lama sepertimana mereka berIjtihad sesama mereka mahu merobohkan kilang Arak terbesar di Malaysia yang terletak di SELANGOR. Nah , sudah hampir 10 tahun mereka perintah, seinci kilang arak itupun tidak disentuh, malah mereka membuat lawatan ke Kilang Arak tersebut!!
Itu contoh kilang arak yang haram tidak dirobohkan (malah tiba-tiba menyalahkan BN kembali bahawa BN lah yang sepatutnya merobohkannya) , ini pula sebuah sistem cukai yang efisien , Pasti tidak akan diubahnya jika mereka perintah!
Pembangkang bermain politik kotor ! Sanggup gadai negara demi mendapatkan kuasa! Tahniah kepada rakyat, negara ini akan runtuh akibat tangan- tangan pengkhianat negara!! Seperti runtuhnya Melaka walaupun mempunyai Hang Tuah , Laksamana Melaka.
MHS
12.3.2015
Saksi yang sedang melihat negara ini cuba dirobek-robek.
+ comments + 2 comments
Terima kasih kepada Anda, saya telah belajar banyak hal yang menarik. Saya berharap untuk mempelajari lebih lanjut. Saya mengucapkan selamat kepada Anda untuk ini berbagi indah. Lanjutkan ini!
Cabinet de voyance ; voyance gratuite par telephone
Saya mencari tapak yang besar hyper anda, saya ingin anda banyak kejayaan kerana anda wajar mendapat semua itu, semoga berjaya dan tahniah untuk laman yang indah ini!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...