Melihat cabaran globalisasi dan keruntuhan moral yang teruk dewasa ini ,sebagai ibubapa memang patutlah kita berasa takut untuk melihat anak - anak kita membesar dengan cabaran-cabaran akhir zaman ini.
Justeru, wajib bagi ibu bapa memahami dan mendidik anak-anak kita dengan baik dan sempurna dunia dan akhirat.
Menurut Saidina Ali terdapat 3 fasa berbeza dalam mendidik anak.
Fasa pertama: 7 tahun ke bawah. Ialah fasa kasih sayang. Ketika ini mantapkan mereka dengan bermain dan bergurau dengan anak-anak hingga mereka ini merasai betul bahawa kita sayang mereka. Merasa puas dengan kasih sayang.
Fasa kedua : 7 hingga 14 tahun. Fasa ini adalah fasa bagi mendisplinkan anak-anak. Kenalkan do's and don't. Contoh tak boleh minum berdiri, kena hormat tetamu etc. 7 tahun ajar dan perkenalkan solat. Umur 10 tahun tak solat kena rotan. Tapi di fasa ini jangan hanya hukuman, kena LEBIHKAN ganjaran.
Cth: jika kita bagi tahu anak main bola jangan balik lepas maghrib. Petang tu anak balik main bola maghrib, kita marah. Hari kedua dia balik lewat juga, marah lagi. Masuk hari ketiga anak balik awal... Tapi kita diam buat tak tahu. SALAH. Beri ganjaran lebih supaya anak seronok buat perkara baik.
Fasa ketiga: 14tahun ke atas. Ini adalah fasa memerlukan kita bersahabat dengan mereka. Banyakkan berkongsi perkara dengan bersahabat. Ketika ini anak sudah akil baligh dan sudah mantap asasnya. Mereka sudah siap sedia melaksanakan syariat.
+ comments + 2 comments
Aku tidak akan melakukannya di orisinalitas tapi blog Anda begitu baik Anda tidak bisa mengatakan apa-apa selain TERIMA KASIH!
voyance par mail gratuite ; Voyance gratuite serieuse
Tahniah kepada semua orang-orang yang menonton untuk kejayaan blog yang indah ini !!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...