PEMBENTANGAN PINDAAN ENAKMEN HUDUD SELESAI, SAHABAT & LAWAN MULA TUNJUK BELANG SENDIRI !

18 Mar 20152comments

1. Telah Viral berita bahawa MB Kelantan telahpun selesai membentangkan enakmen hudud yang disokong oleh semua ADUN ISLAM dari PAS dan UMNO di Kelantan.
2. Perkara ini wajar diberi pujian kepada MB Kelantan sendiri. Dengan keyakinan yang mendalam dan sikap terbuka berlapang dadanya terhadap sesama Muslim, akhirnya enakmen tersebut berjaya dibentangkan pada hari ini.
 
3. Dengan kejayaan pembentangan ini, sudah tahulah kepimpinan Islam bahawa mana musuh sebenar mana lawan sebenar.
 
4. Manakan tidak , DAP dan PKR bermati-matian mahu menidakkan PAS daripada membawa Perjuangan Hudud sehingga sanggup mengadakan Mesyuarat Pelarasan PR sebelum Pembentangan Enakmen ini di sidang DUN Kelantan!
 
5. Tidak cukup dengan tentangan dari DAP dan PKR, pelaksanaan Hukum Islam ini juga ditentang oleh GERAKAN yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi hari ini bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
6. Sudah terang lagi bersuluh , saudara-saudara seIslam dari UMNO juga mengangkat  tangan bersama-sama tangan sahabat Islam dari PAS menyokong Enakmen Hukum Syariah ini di sidang DUN hari ini.
 
7. Sememangnya MHS memuji keberaniaan semua pejuang Islam di dalam sidang DUN berkenaan , baik dari PAS mahupun dari UMNO. Mereka yang di dalam sidang DUN berkenaan ternyata merasai nikmat dan rahmat perpaduan kecil di Dalam sidang berkenaan sebagaimana perasaan kaum Ansar dan Kaum Muhajirin di zaman Rasulullah lalu walaupun hanya seketika.
 
8. Tahulah kita bahawa siapakah sahabat sebenar, siapakah musuh sebenar. Mahukah lagi kita bermusuh sesama kita?
 

9. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (Surah al-Hujurat, ayat 9) .

 
 
 
Share this article :

+ comments + 2 comments

20 March 2015 at 07:10

Saya melakukan sedikit tur blog Anda, itu super menarik. Aku akan menetap di sana dengan tenang. Saya mengucapkan selamat kepada Anda itu baik untuk membuat blog ini
terima kasih banyak

voyance gratuite par email ; voyance gratuite par mail

9 April 2015 at 06:22

Saya benar-benar berbangga untuk menemui anda, blog anda adalah benar-benar hebat! Saya suka antara muka, dan saya terlalu mencintai kandungan yang terlalu. Terutamanya menyimpan!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team