APA KATA PEJUANG PAS YANG MEMPERTAHANKAN KERAJAAN NIZAR TERHADAP PENGUMUMAN KHALIFAH NIZAR INI!

23 Mar 20153comments


APA KATA PEJUANG PAS YANG MEMPERTAHANKAN KERAJAAN NIZAR TERHADAP PENGUMUMAN NIZAR INI!  

NIZAR TOLAK HUDUD KELANTAN UNTUK DILAKSANA DI PERAK! 




dulu berhempas pulas Pejuang PAS mempertahankan Kerajaan ISLAM konon dari khalifah Nizar  ! 

Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak.

Keputusan itu diambil PR Perak melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.

“Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.

“Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.

Mohammad Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.

Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.

“Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin,” katanya.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
23 March 2015 at 23:20

Baru nampak hati budi dan penipuan yang dimainkan oleh khalifah2 PAS... kononnya memperjuangkan hudud dan Islam tapi hampes... puak2 PAS ditipu selama ni... kesiannya...

Anonymous
24 March 2015 at 04:24

penipu memang patut kena tipu

9 April 2015 at 06:18

Laman web yang sangat baik! Saya merasa sangat meriah, bijaksana dan lebih ia bukan muka cantik dan ilustrasi yang besar! Saya ingin anda nasib baik dan nasib yang baik untuk masa depan dan kesinambungan tapak ini indah
Salam

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team