Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengundang dan mencipta kontroversi apabila mengumumkan cogankata bagi Pasukan Atlet Selangor untuk Sukma tahun 2016 di Sarawak akan menggunapakai slogan yang digunapakai untuk membebaskan Anwar Ibrahim secara kekerasan iaitu 'KITA LAWAN'.
Ia telah mengundang bantahan termasuk dari Setiausaha Agong Persatuan Basketball (MABA) , Datuk Yeoh Choo Hock yang menyatakan dengan tegas bahawa Sukan bukan untuk dipergunakan untuk POLITIK SEMPIT.
Beberapa individu dalam arena sukan seperti Tan Sri Halil Mutalib, Chef De Mission untuk Sukan Komanwel 2010 di New Delhi menegaskan adalah sangat jelas bahawa slogan itu digunakan untuk tujuan politik sempit dan tindakan Selangor untuk menggunapakai slogan itu diligat MHS sebagai mencemari semangat kesukanan!
Sukan seharusnya dilihat sebagai alat perpaduan yang neutral dan bukannya dilihat sebagai satu cabang politik permusuhan dan berat sebelah!
MHS melihat , daripada menggunapakai subjek "KitaLawan'' , Selangor sebenarnya boleh mengguna lain-lain cogankata yang lebih neutral dan memupuk persefahaman dan semangat muhibah seperti #KitaKawan .
Ini baru 1 Negeri dipegang PKR, bayangkan kalau satu Malaysia dipegang PKR, maka Negara ini boleh diibaratkan sebagai sebuah Negara komunis, Negara rimba yang tidak berperaturan dan semuanya mengikut kehendak dan nafsu pemimpin nya!
+ comments + 2 comments
Menteri Besar. Besar teloq dari otak. Ni lah akibatnya jika pemimpin dari golongan pembangkang yang perintah. KETUM tu lagilah baghal.
Hancing!
Tahniah untuk laman web anda! Ia banyak membantu saya dan dinikmati, terutama semua saham anda adalah menarik. Hidup lama ke laman web anda. Paling penting, jangan putus asa; blog anda adalah benar-benar hebat!
Nasib baik
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...