PAS DAN DAP MEMANG TIDAK SEHALUAN PENGGUNAAN ALLAH DALAM BIBLE!

26 Dec 20121comments


PAS menyatakan melalui kenyataan 
Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat : 

"
Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.
"

MEMETIK KATA SEORANG AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL DAN ADUN PAS DI DALAM SEBUAH MAJLIS MAKAN MALAM YG MHS HADIR SUATU KETIKA DULU:
 "Kalau PAS dan UMNO bersatu, depa (DAP) takkan berani angkat muka!" kata MP BN disambut senyuman dan anggukkan ADUN PAS tersebut. 
demi ISLAM

PETIKAN AKHBAR: 
PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.
Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.
Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.
Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),  tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.
Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama seperti kalimah Dua Shahadah dan ALLAH, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.
 
*Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
26 December 2012 at 08:54

samolah tu dongan amenongok dongan mca mic dan gerakan. sehaluan ko semuo tu? soalan bodo? macam amenongok bodo la.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team