PERSAMAAN TRAGEDI HAJARUL ASWAD / TSUNAMI ACHEH / BANJIR KELANTAN 2014 #PrayForMalaysia #Rasulullah

14 Jan 20150 comments

BENCANA BESAR PELUANG UNTUK BERMUHASABAH DIRI. TRAGEDI HAJARUL ASWAD / TSUNAMI ACHEH 2004 / BANJIR KELANTAN  2014


1. Bencana dan ujian besar yang Allah SWT bukan satu kebetulan malah ianya adalah satu petunjuk Allah S.W.T diberi terus kepada hamba-hambaNya yang dicintaiNya. Allah juga telah menyatakan kepada hamba-hambaNya bagaimana untuk menghadapi ujian besar sesuai dengan firmanNya dalam  Surah AI-Baqarah ayat 45,
Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. 

2. MHS mahu mengimbau sejarah-sejarah yang mempunyai kaitan yang unik , hampir sama dengan apa yang terjadi di Malaysia secara spesifiknya di Pantai Timur , dan banjir besar yang paling buruk dalam sejarah Malaysia adalah di Negeri Kelantan. 


Tragedi Hajarul Aswad (Banjir Besar di Makkah) 

3. Para pembaca boleh mengimbau sejarah Tragedi Hajarul Aswad yang beralih tempat bukan di tempat asalnya akibat daripada bencana. Di Makkah, pada waktu itu , kaum kabilah quraisy berpecah-belah masing-masing dengan kabilah masing-masing. Maka Allah SWT hantarkan banjir dan mengalihkan hajarul aswad. (Sepatutnya Hajarul Aswad berada pada kedudukan penjuru timur kaabah. 

4. Dengan beralihnya hajarul aswad tersebut, maka berebut-rebutlah puak kabilah yang berpecah-pecah ini untuk berebut meletakkannya batu tersebut. Maka dengan kebijaksanaan Rasulullah, beliau telah menyelesaikan perkara tersebut dengan meletakkan hajarul aswad di tengah-tengah kain, maka disuruhnya ketua-ketua puak kabilah memegang penjuru kain tersebut agar semua kabilah dapat meletakkan batu berkenaan bersama-sama. Maka di situ lah bermulanya TITIK perpaduan bangsa-bangsa berlainan kabilah di Makkah bersatu meletakkan hajarul Aswad berkenaan dengan kebijaksanaan Rasulullah. 

5. Makkah adalah Bumi Suci Umat Islam. 

Tragedi Tsunami di Acheh 2004  


6. Kemudian, MHS mahu pembaca mengimbau peristiwa demi peristiwa sebelum kejadian Tsunami besar di Bumi Acheh. Peperangan demi peperangan dilancarkan oleh Gabungan Acheh Merdeka (GAM) dan Kerajaan Indonesia untuk memiliki Acheh. 

7. Masing-masing mempunyai agenda besar untuk menguasai Acheh. Namun, dengan kekuasaan Allah, bumi Acheh digoncangkan dengan kehadiran tsunami yang dahsyat sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa. Natijahnya ketika ini , Pihak Berkuasa Acheh dan Pihak Indonesia bersama-sama bersatu padu membangunkan Acheh malah Acheh dibangunkan juga oleh negara-negara dunia. Tidak timbul lagi kekacauan demi kekacauan. 

8. Begitulah Allah mentakdirkan sesuatu.  Acheh  dikenali sebagai Serambi Makkah dalam kalangan umat Islam di Nusantara kerana dahulunya banyak tempat-tempat ilmu umat Islam di sini. 

Tragedi BANJIR Besar di Kelantan 2014


9. Ironinya, 2014 memperlihatkan satu lagi negeri jolokan Serambi Makkah diuji Allah SWT dengan bah yang besar. Hampir satu negeri diselebungi banjir besar. 

10. Namun , belum pun reda banjir di muara, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing diterajui oleh berlainan parti politik namun mempunyai persamaan agenda telah menjalinkan kerjasama yang sangat baik bagi membantu Kelantan bangkit semula. 

11. Ada dalam kalangan Pegawai Tinggi Kerajaan menyifatkan , detik kerjasama sebegini, belum pernah berlaku sejak PAS keluar dari Kerajaan Barisan Nasional iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu. 

12. Tatkala ada yang menyindir sinis, orang beriman sepatutnya melihat kepada tanda-tanda kekuasaan Allah yang mahukan hamba-hambaNya yang beriman untuk hidup bersatu padu saling bantu membantu dalam mengerjakan amalan yang baik. Sesuai dengan ayatNya

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Al ‘Imran, 103)

13. Dalam ayat yang lain , Allah telah memberikan amaran bahawa: 


"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan BERLAKULAH FITNAH (kekacauan) di muka bumi dan KEROSAKAN YANG BESAR." (Surah Al-Anfaal, 73)

14. Begitulah Allah SWT mengasihi hamba-hambaNya, kadangkala benda baik bagi kita, tetapi pada pandangan Allah , perkara itu tidak baik untuk diri kita.   


15. Sila semak kembali peringatan - peringatan Allah, pandanglah dengan mata hati. MHS tidak akan jemu-jemu membangkitkan hal-hal perpaduan Islam di dalam tulisan-tulisan MHS. Allahuakbar, jika Allah mengkehendaki sesuatu, sudah pasti perkara itu bakal berlaku. Biarlah masa yang menentukan.



Mungkin bukan di zaman kita, tetapi ia akan tetap berlaku pada zaman anak-anak kita, atau pada zaman cucu cicit kita. Amin.


"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."



@MHS- 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team