KUALA LUMPUR 8 Sept. – Orang ramai tidak perlu khuatir dengan Perhimpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan pada 16 September ini kerana ia adalah sebuah perhimpunan yang aman.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, perhimpunan tersebut jauh berbeza dengan perhimpunan haram Bersih 4.0 sebelum ini.
Katanya, sejak dari awal lagi, peserta perhimpunan yang bermatlamatkan penyatuan orang Melayu itu telah diberi peringatan untuk tidak melakukan sebarang perbuatan biadab serta melanggar undang-undang.
“Kita melarang peserta Perhimpunan Rakyat Bersatu untuk melakukan kekerasan, kebiadaban dan mengeluarkan kata-kata kesat. Kita perlu menghormati perniagaan, keselamatan awam dan kepentingan lain-lain bangsa.
“Apa yang jelas, perhimpunan ini tidak akan menjadi seperti Bersih 4.0, sebaliknya, kita ingin mencuci ibu kota daripada kebiadaban Bersih 4.0 tempoh hari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan orang Melayu terbesar membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300,000 orang.
Kata beliau, sebanyak 500 pertubuhan Melayu di seluruh negara telah menyatakan komitmen dan kesediaan untuk bersatu dalam perhimpunan tersebut.
Jelas beliau, mereka akan berhimpun secara aman di lokasi tertentu seperti Bukit Bintang, Petaling Street dan kawasan sekitarnya sebagai membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik masing-masing.
+ comments + 4 comments
Bagus rasanya semasa perhimpunan tu nanti sambil berjalan kita berselawat dan diselang seli lagu2 petroitek contohnya lagu Inilah Barisan Kita, sayup rasanya.
It is with pleasure that I look at your site; it is great. Really nice to read your nice sharing .Continuez well and thank you again.
voyance serieuse ; voyance gratuite
I will not do in originality but your blog is so good you can not say anything other than THANK YOU!
Terima kasih, saya baru sahaja mencari maklumat mengenai topik ini untuk masa yang lama dan anda adalah yang terbesar saya telah mendapati sehingga kini. Tetapi, apa yang mengenai kesimpulan? Adakah anda pasti tentang sumber?
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...