FACEBOOK BOLEH BAWA MAUT!!

29 Sept 20153comments


London : Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata laluan Facebook.

Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya.

Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu.
Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata laluan akaun Facebooknya.

Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’

Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.
Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.

Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan.

“Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,” katanya.

Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana sutidak tahan dengan sikapnya.
Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya.
Dia juga kerap menuduh mangsa curang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28378#sthash.Zse8KXbG.dpuf
Share this article :

+ comments + 3 comments

30 September 2015 at 04:10

It is with pleasure that I look at your site; it is great. Really nice to read your nice sharing .Continuez well and thank you again.

voyance gratuite par telephone ; voyance mail gratuite

6 October 2015 at 00:53

Blog manis! Saya mendapati ia sambil mencari di Yahoo News. Adakah anda mempunyai apa-apa tips tentang bagaimana untuk masuk dalam senarai Yahoo News? Saya telah cuba untuk seketika tetapi saya tidak pernah seolah-olah mendapat di sana! Terima kasih

4 November 2016 at 06:00

artikel yang sangat baik yang akan membantu saya banyak.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team