Seremban 8 Oktober 2012 : Sumber dalaman DAP menyatakan Parti berkenaan tetap memerlukan 90 kerusi Parlimen pada PRU ke 13 ini berikutan mandat sokongan sebelum pilihanraya oleh masyarakat Cina di kawasan - kawasan tersebut adalah tinggi untuk dimenangi oleh DAP. "Masyarakat Cina di belakang kita", jelas pemimpin DAP berkenaan dengan yakin.
Melayu merempat di tempat sendiri! |
Sekiranya perkara ini berlaku, DAP dan sekutu-sekutu rapatnya di dalam PKR yang kebanyakannya dipelopori oleh wakil-wakil Cina atas bendera PKR akan berjaya membentuk kerajaan dengan simple majority tanpa perlu sokongan PAS apatah lagi sekiranya ada pimpinan PAS yang telah diliberalkan dan akan memihak kepada konsep Malaysian Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysia adalah kekal menjadi prinsip DAP meskipun ketika ini ia cuba distilahkan kembali menjadi Ketuanan Rakyat. Walhal, perkara tersebut adalah sama. Walaubagaimanapun , Anwar tetap akan menjadi Perdana Menteri namun jangkamasanya hanyalah dalam masa 2 tahun sebelum Timbalan Perdana Menteri II (Lim Guan Eng) akan mengambil tampuk pemerintahan.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...