"ADA APA PADA UMNO?! DAP LAGI BAIK" - HUSAM-
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.
Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA."DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA."Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu."Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara."Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu.
+ comments + 1 comments
Dengar cakap enggang
Makan buah belolok
Dengar cakap husang
Bangsa kita masok lubuk
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...