Tindak tanduk YB Nasha dan beberapa tokoh PAS di dalam Parti PAS adalah bertepatan dengan masa dan keadaan politik negara ketika ini. PAS masih tidak sedar bahawa Parti itu sedang ditunggangi DAP untuk menarik minat golongan muda dan meliberalkan kumpulan professional Melayu untuk menerima agenda DAP.
Walaubagaimanapun DAP sedar bahawa mereka sukar untuk menarik kumpulan tegar PAS . Amat sukar menarik mereka yang betul-betul mahu menegakkan dan memperjuangkan ISLAM untuk menerima ideologi sosialis dan komunis yang terkandung di dalam Protokol DAP. Maka tidak hairanlah muncul golongan penentang di dalam PAS yang tidak mahu PAS hanyut bersama DAP seperti YB Nasha, Hasan Ali, Harun Din dan lain-lain pimpinan yang menyokong secara senyap.
Kemunculan kumpulan penentang DAP di dalam PAS ini dilihat amat bertepatan dengan landskap politik tanahair kini terutamanya orang-orang MELAYU. Orang-orang Melayu perlu bersatu di bawah satu bendera tatkala orang-orang Cina telahpun menyatakan pendirian mereka untuk berada di bawah kepimpinan DAP pada PRU 2008 dan trend ini dilihat pemerhati tidak banyak berubah dan berkemungkinan orang-orang Cina sekali lagi 70% menyokong perjuangan DAP. Secara logiknya, orang-orang MELAYU perlu menyokong pihak yang bertentangan dengan DAP agar sistem POLITIK negara lebih seimbang! PAS dan UMNO juga dilihat perlu bersama di dalam agenda Melayu dan ISLAM!
DAP pula dengan angkuh akan membubarkan mana-mana parti yang berasaskan KAUM dan AGAMA selepas ideologi mereka dapat diterima lebih 70% rakyat Malaysia selepas mereka memerintah beberapa penggal dalam PRU. Ia bermula pada PRU 13 dan sekiranya ini berlaku, maka Parti PAS juga iaitu sebuah parti yang berasaskan agama akan dibubar!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...