BAR COUNCIL PUNYA TAKTIK KOTOR!!

7 Jul 20141comments


MHS tertarik dengan pendedahan yang dilakukan oleh Tim MyMassa berhubung permainan dan cubaan pertama Bar Council untuk menjatuhkan SISTEM Raja Berpelembagaan di Malaysia. 

Lihat sahajalah rentetan ini dan kaitannya dengan Cubaan Meruntuhkan Sistem Negara!

1. Desakan untuk menghapuskan ISA dan lain-lain akta pencegahan.
2. Desakan untuk menghapuskan Akta Hasutan 
3. Jangkaan rakyat boleh bercakap sesuka hati menyentuh sentimen perkauman.
4. Maka , hasutan-hasutan untuk menolak Sultan-sultan dan Raja-raja akan tidak dikenakan tindakan pada masa akan datang. 
5. Negara bergolak. 


DARI MEJA MYMASSA.. 


BAR COUNCIL MEMANDAI-MANDAI

Minggu lalu, heboh dengan isu cadangan menggantikan Akta Hasutan. 

Rupa-rupanya Bar Council yang mengaku kononnya mereka ditugaskan menyiapkan draf rang undang-undang.  Bar Council sebenarnya tidak pernah pun ditugaskan atau diberi amanah untuk membuat draf undang-undang menggantikan Akta Hasutan ! Mereka sebenarnya syok sendiri, sambil membuatkan rakyat ditipu dan tertipu.

Apa yang berlaku berpunca daripada Bar Council, dia jump the gun, Bar Council hanyalahmembuat cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dan memberikan cadangan itu kepada Nancy Shukri, Menteri di JPM. Itu hanyalah sebagai personel cadangan Bar Council sahaja bukanlah akan diterima ker, akan menjadi rujukan ker, atau ditolak ker, statusnya hanyalahcadangan Bar Council sahaja.

Bar Council pula ego berfikiran cadangan mereka itulah yang akan diterima, telah mempamerkan proposal itu dalam website mereka. Ianya seolah-olah Bar Council sebagai agen. Perbuatan Bar Council itu telah mengelirukan orang ramai termasuklah Raja-Raja.

Sebenarnya, Kerajaan membuka ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi pendapat dan cadangan sebelum ianya dibawa lebih jauh lagi ke pringkat dasar dan cadangan. 

Jadi, cadangan-cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan belum pergi jauh lagi, baru di peringkat cadangan oleh sesiapa sahaja orang awam termasuklah Bar Council. Jadi, Bar Council janganlah memandai-mandai declare kononnya merekalah satu-satunya badan yang ditugaskan, sorrylah Bar Council, kamu ingat dalam Malaysia kamu saja kah peguam-peguam yang ada, cermin diri dulu, di luar Bar Council lagi ramai peguam-peguam yang berintegriti, profesional dan matang.

Perbuatan Bar Council itu, seolah-olah hendak pressure kerajaan supaya menerima cadangan mereka sahaja. Perbuatan ini menunjukkan Bar Council tidak bertanggjungwab dan telah mengelirukan org awam dan tidak tahu memberi buah pikiran cara yang betul kepada kerajaan.

Bar Council nama saja pengamal undang-undang tetapi hakikatnya tidak intelegent dan tidak tahu cara bekerja atau berurusan dengan badan pentadbbiran negara. Dia seolah-olah berurusan dengan kedai kopi. 

Pendekatan Bar Council itu seolah-olah memberi gambaran in the new future seolah-olah kerajaan tidak boleh menerima idea-idea daripada badan seperti ini kerana ketidakmatangan mereka sendiri.

Komen seorang lawyer, "nama saja Bar Council dan ada kelayakan undang-undang, tetapi you are not indicate you ada pelajaran sebagai lawyer, you tidak tahu handle situasi ini, you buta-tuli sokong pembankang, yang kerajaaan buat perkara baik you tak terima, kerana memang Bar Council bulat-bulat ternyata menyokong pembangkang"

Mari kita baca semula komen Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara yang menusuk jiwa Bar Council itu :-

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-


“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
 (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"


"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

Share this article :

+ comments + 1 comments

8 June 2017 at 07:57

Itu idea yang baik sesungguhnya artikel yang akan datang kita baca sebentar dan kadang-kadang bertentangan mengenai subjek ini!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team