Esok dari Tampin sampai Ke Ghembau Cuti Sebab...

12 Jan 20151comments

Esok Negeri Sembilan Cuti Sebab... 

Ya, Sebab Esok adalah hari kelahiran insan yang kami hormati di Negeri Sembilan ini, iaitu Kelahiran Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Alhamdulillah, Semoga pemerintahan baginda ini dikurniakan Allah SWT rahmat, dan inayahNya kepada baginda dan keseluruhan rakyat baginda. Amin. 


Kawasan yang di gazet Cuti 
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (lahir 14 Januari 1948) adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. 
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain. Baginda pernah menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.
Senarai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

1773-1795: Raja Melewar

1795-1808: Raja Hitam
1808-1824: Raja Lenggang
1824-1861: Raja Radin
1861-1869: Yamtuan Imam
1869-1872: Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
1872-1888: Yamtuan Antah
1888-1933: Tuanku Muhammad
1933-1960: Tuanku Abdul Rahman
1960-1967: Tuanku Munawir
1967-2008: Tuanku Jaafar
2008-kini: Tuanku Muhriz

sumber biodata  :Di sini  
Share this article :

+ comments + 1 comments

12 April 2018 at 06:39

Terima kasih kerana artikel ini yang membuat saya mengetahui tapak anda sangat menarik. Melihat ke hadapan untuk membaca lagi.
voyance gratuite par mail rapide

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team