BONUS PENJAWAT AWAM , PESARA DAN BR1M FASA 1 DIBAYAR HARI INI

14 Jan 20151comments

Bonus Penjawat Awam, para pesara bekas Pegawai Kerajaan dan Agihan BR1M fasa 1 telah dibayar ke akaun masing-masing hari ini. Diharapkan insentif-insentif sebegini dapat meringankan beban rakyat yang telahpun menempuh perbelanjaan awal persekolahan terutamanya kepada mangsa-mangsa bencana yang berlaku di seluruh negara. 

MHS difahamkan, bantuan persekolahan RM100 ringgit kepada setiap pelajar di sekolah rendah juga telah selesai diagihkan se awal minggu pertama persekolahan dan ketika ini pihak sekolah sedang menyelesaikan pembayaran kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh negara. 

Tahniah kepada inisiatif ini dan diharapkan ianya dapat meringankan beban mereka yang sememangnya berada pada kelompok pendapatan sederhana dan rendah ini. 

Alhamdulillah..
Share this article :

+ comments + 1 comments

14 January 2015 at 18:32

Terima kasih BN

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team