TABUNG-TABUNG YANG HILANG SELEPAS MUSIBAH DI MALAYSIA

5 Jan 20151comments

1. MHS bukan hendak mengutuk , tetapi MHS bosan dengan permainan dan polemik badan-badan yang tidak bertanggungjawab di Malaysia. Asal ada sesuatu bencana atau musibah banyaklah tabung-tabung yang ditubuhkan untuk membantu mangsa bencana berkenaan. 

2. Penyediaan tabung memang lah digalakkan oleh orang-orang Melayu. Masakan ia tidak penting kerana zaman dahulu pun orang-orang Melayu telah menyatakan dalam peribahasa "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Ini adalah contoh budaya menabung yang digalakkan nenek moyang kita. 

3. Namun budaya menabung beberapa badan di Malaysia termasuk Badan Politik Tanahair mutakhir ini amat tidak logik kerana si penabung tidak tahu ke mana hilangnya duit tabungan itu. 

4. Antara Tabung - tabung yang tidak diketahui oleh penabung adalah tabung-tabung yang diuruskan oleh 1 Badan Politik Tanahair. Janganlah kita terlalu naif. Bukan hendak menidakkan usaha, tetapi, rakyat Malaysia perlu rasional dan bijak menilai.  Inilah tabung-tabung nya: 

5. Kemana perginya nilai tabungan berikut: 

Tabung Memali lesap
Tabung Lahad Datu lenyap
Tabung MH 370 songlap
Tabung MH 17 senyap
Tabung Jihad Palestin pun kena gelap
Tabung untuk peneroka sawit kena rembat
Tabung untuk penoreh getah kena kebas

Tabung mangsa banjir 2013 dulu mana perginya?

6. Atas nama persaudaraan Islam, parti politik ini sediakan tabung-tabung ini, namun tidak pernah kita ketahui kemana arahnya. Jawab, silalah jawab wahai Pengurus Tabung. Kini sekali lagi Tabung MEREKA dihidupkan. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

7 January 2015 at 02:56

Hello, saya dapati blog anda petang ini dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda untuk kerja-kerja yang dilakukan dengan baik dan semoga berjaya. Yang benar

voyance gratuite serieuse ; voyance par mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team