GERAK SARAF LIM GUAN ENG!

24 Jan 20130 comments

Muka macam bapak dia Lim Kit Siang! 
Gerak Saraf Lim Guan Eng yang ingin memperbodohkan umat Islam di Pulau Pinang! Apa cerita Statistik 18,000 orang-orang Melayu Islam yang dihalau secara terhormat daripada PULAU PINANG kerana tidak mampu memiliki rumah di kawasan Pulau??! 

Banner Gerak Saraf Guan Eng! : 



Muka Guan Eng paling depan dan menonjol! Hebat si tokong nih sambut Maulidurrasul Konon! Biadap DAP terhadap umat Islam tidak akan dimaafkan dengan banner ini! Sial!

SUMBER GAMBAR: HEADBOMB

BELUM pun habis sepenggal kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui DAP mentadbir Pulau Pinang, kesannya sudah dirasai penduduk Melayu Islam di negeri itu. Kajian terbaru mendapati orang Melayu Islam semakin terpinggir dan jumlahnya semakin berkurangan. Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa angkat kaki keluar dari negeri berkenaan kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan membeli rumah di negeri kelahiran mereka. Sebelum ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), kehidupan orang Melayu tidaklah begitu tenat. Sepanjang tempoh BN memegang teraju kepemimpinan negeri, ada banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana dibangunkan. Antaranya di Tanjung Tokong, Balik Pulau, Tanjung Bungah, Batu Uban, Jelutong dan Bayan Lepas. Projek itu dibangunkan oleh beberapa agensi kerajaan negeri dan Persekutuan seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan JKP Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan. Pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin kelmarin, mengenai perkara itu pastinya membimbangkan, apatah lagi usaha secara halus itu benar-benar menghakis kedudukan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang, sekali gus menghakis kuasa politik Melayu. Jelaslah ada agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir orang Melayu dari kawasan strategik. Akibatnya, penduduk Cina kini menjadi kaum majoriti, iaitu seramai 670,000 atau 42.9 peratus pada 2010, manakala Melayu hanya 40.7 peratus berbanding 42.4 peratus pada 2009, manakala kaum Cina ketika itu hanya 40.9 peratus. 
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team