Teringat MHS semalam terdengar keratan nasihat daripada tazkirah seorang Ustazah di Negeri.Fm menyatakan bahawa doa-doa yang Rasulullah baca merupakan doa-doa yang mustajab, Insya ALLAH.
Maka MHS ingin berkongsi carian MHS kepada rerakan pembaca iaitu Doa yang kerap dibaca oleh Rasulullah :
Qatadah bertanya kepada Anas, “Doa apakah yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi saw?”. Maka Anas menjawab, “Doa yang paling sering beliau panjatkan adalah ‘Allahumma aatinaa fid dun-ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaban naar’ (Ya Allah berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka).” Qatadah mengatakan, “Merupakan kebiasaan Anas apabila ingin memanjatkan doa maka beliau berdoa dengan doa itu. Kemudian apabila dia ingin meminta sesuatu maka beliau menyertainya dengan doa ini” ( Imam Muslim)
Lafaz doa tersebut ialah :
اللهم رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Doa ini sebenarnya terdapat dalam al-Quran iaitu dalam Surah al-Baqarah, ayat 201. Rasulullah saw suka membaca doa ini kerana isinya merangkumi semua keperluan dan kehendak seorang hamba dari Rabbnya yang Maha Kaya.
Marilah kita mengamalkan doa ini agar kita sentiasa mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah SWT merahmati dan mempimpin kita ke jalan yang diredaiNya.
+ comments + 2 comments
Beautiful ... I love your blog full of great ideas , in fact I just signed up to your news if you want to do the same, it is a pleasure , good luck !
Moshi Moshi;
itu bagus; Situs Anda! Banyak untuk melihat dan tahu ... aku taruh di favorit saya dan saya akan pasti.
Good luck dan umur panjang untuk blog Anda!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...