PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari
ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak
Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia,
berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
Perkara itu diumumkan Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini,
sebentar tadi.
Selain itu, purata kadar tarif
elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20
sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus
daripada purata kadar tarif semasa.
Maximus berkata, keputusan itu
dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.
"Ini akan memberi manfaat
kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik
melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti
komersial dan industri," katanya.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/34449
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...