KEADILAN ITU SANGAT PAHIT UNTUK DITELAN!

10 Feb 20150 comments

1. Sesungguhnya keadilan itu sangat pahit untuk ditelan buat penyokong dan lawan. Semalam MHS berada di perkarangan Palace OF Justice untuk melihat REALITI dan menolak PERSEPSI dan Andaian serta EMOSI.   


2. Hakikatnya, memang benarlah bagai dikata ilmuan, Keadilan itu amat pahit untuk diTELAN. Sepanjang keberadaan MHS bersama lebih kurang 1000 penyokong Anwar Ibrahim, tampak jelas persepsi dan emosi cuba ditonjolkan dalam dunia REALITI. 

3. Di kamar pengadilan, Anwar Ibrahim dan pasukannya membawa fakta culas konspirasi untuk menidak pertuduhan. Malangnya, Mahkamah tidak mendengar teori semata-mata, tetapi  Mahkamah hanyalah menerima  fakta yang beserta dengan BUKTI yang konkrit. 

4. Perlu diingat semalam (10/2/2015), adalah Rayuan Terakhir DS Anwar Ibrahim(DSAI) , bukannya satu Pertuduhan yang baru disebut ke telinga PARA Yang Arif . 6 Tahun tempoh Dato Seri Anwar Ibrahim  bersama pasukan peguam yang handal belaka tampak tidak cukup untuk mereka Bawakan BUKTI ke Mahkamah mengenepikan Bukti Pendakwaan. 

5. Mahkamah tidak tuli dan tidak mendengar persepsi semata-mata biarpun ditekan pembangkang yang mempunyai suara undi popular 51% PRU 13. Itupun satu lagi isu, undi Popular 51%, sisa penyokong Anwar di luar mahkamah hanyalah sekitar tidak lebih 1000 orang. Persepsi sebelum disuntik mereka akan hadir dengan 20,000 lebih penyokong sekali lagi tinggal permainan persepsi semata-mata. Benarlah Hakikat dan Realiti sangat berbeza dengan persepsi. 

6. Sidang mahkamah juga bukan sahaja dihadiri oleh pihak pendakwaan, ianya dihadiri oleh Pemerhati Antarabangsa, Human Right Watch , rakan-rakan diplomatik luar negara dan barisan Pembelaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang. Malah penyokong pembelaan DSAI lebih ramai berbanding penyokong Saiful Bukhari di kamar pengadilan. Malang sekali lagi , mahkamah tidak melihat berapa ramai penyokong yang dibawa, Mahkamah hanya menerima BUKTI semata-mata. PARA Pemerhati termasuk penyokong DSAI adalah MATA-MATA SAKSI bagaimana teori yang dibawa oleh Pasukan Pembelaan. MHS percaya, pasti pemimpin pakatan yang melihat perbicaraan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, isteri Anwar Wan Azizah , anak-anak Anwar cukup merasakan bahawa DSAI TIDAK AKAN terlepas dengan pertuduhan konkrit yang dibawa oleh Peguam SAIFUL Bukhari. 

7. Persepsi bahawa DSAI dianiaya terus disuntik oleh penyokong diluar mahkamah sehingga mencetuskan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku ketika rayuan kes bermula.

8 Walhal, DSAI diberi PELUANG UNTUK KEMUKAKAN BUKTI selama 6 TAHUN, 67 KALI Penangguhan oleh DSAI DAN 38 KALI DSAI diberi peluang MERAYU sejak mulanya perbicaraan. Malangnya, bukti-bukti tersebut GAGAL dikemukakan DSAI. DSAI dan barisan peguamnya juga diberikan peluang untuk membawa 14 SAKSI ALIBI yang didakwa DSAI boleh menidakkan keberadaannya di Kondominium tersebut, MALANGNYA DSAI sendiri yang TIDAK PULA MEMBAWA mereka-MEREKA itu menjadi SAKSI Beliau. Ditambah pula dengan bukti Video CCTV merekod sememangnya DSAI berada di kondominium tersebut. 

9. DSAI dan para peguamnya juga GAGAL mengemukakan BUKTI KONKRIT menidakkan Sampel DNA SPERMA yang berada di dalam REKTUM Saiful Bukhari manakala sampel tersebut dibawa PEGUAM Saiful Bukhari kepada Pakar DNA untuk mengesahkan pembuktian dan pakar DNA yang dibawa ke Mahkamah mengesahkan ianya 100% sepadan kepunyaan Anwar, tetapi malangnya Peguam Anwar masih HANYA memberikan teori andaian bahawa Sperma itu dimasukkan menggunakan BOTOL AIR MINERAL tanpa ada pengesahan dari sebarang PAKAR yang relevan! 

10. Hakikatnya , keadilan itu perlu ditegakkan, dan ianya ditegakkan untuk mahkamah menyebelahi Pihak yang mengemukakan BUKTI tanpa GAGAL DAN menidakkan mereka yang tidak berjaya mengemukakan sebarang BUKTI. Mahkamah tidak akan terpengaruh hanya dengan slogan KEADILAN, tetapi Mahkamah hanya melayan PEMBUKTIAN. 

11. Sesungguhnya KEADILAN itu sangat pahit untuk ditelan oleh rakan dan lawan. Di pihak Lawan juga berasa pahit dengan keputusan ini disebabkan oleh permainan PERSEPSI dan EMOSI yang mengatasi FAKTA Kes Sebenar. Ada dalam kalangan pemimpin BN tidak mahu ANWAR dimasukkan ke dalam penjara kerana dipercayai bakal menjejaskan politik BN disebabkan permainan kotor politik yang mengaitkan dengan KONSPIRASI. Namun Mahkamah tidak TUNDUK dengan permainan Politik ataupun teori Konspirasi tersebut, Mahkamah hanya melihat kepada Fakta dan BUKTI! 


SEKIAN

MHS -Mata Saksi Persepsi Manipulasi Realiti Kehidupan Sebenar. 
Realiti: Pesalah perlu dihukum dan Sememangnya Keadilan itu Sangat Pahit Untuk Ditelan Kawan dan Lawan! 

11 Februari 2015 


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team