1. Apa jua yang terjadi di muka bumi ini adalah dalam perkiraan dan perhitungan Allah S.W.T :
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan).” (al-Qamar:49)
Sabda Rasulullah s.a.w :
Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)
Firman Allah :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)
2. Justeru , MHS ingin menyeru kepada Pendokong dan Penentang DSAI supaya redha dengan apa jua ketentuan Allah kepada insan yang bernama DSAI.
3. Mahkamah pasti akan sedaya upaya memberikan kehakiman mereka seadil-adilnya. Menurut pengalaman MHS terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan institusi kehakiman, Amat sukar untuk menjatuhkan hukuman seseorang.
4. Mereka yang masih tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dijatuhkan hukuman Tidak Akan dihukum bersalah meskipun hakikatnya mereka memang berSALAH. Mahkamah akan melihat berdasarkan bukti. Tiada bukti , dan tiada pengukuhan bukti, maka Mahkamah PASTI akan melepaskan tuduhan tersebut.
5. Maka, jika pesalah didapati bersalah , maksudnya, bukti itu telahpun CUKUP dan berjaya meYAKINkan para hakim yang arif dari segi perundangan. Tidak Mudah menjadi seorang HAKIM. Mereka pasti akan ingat dengan ayat - ayat ini:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat...."
(Surah al-Nisa’ 4:105)
(Surah al-Nisa’ 4:105)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:
"Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika orang (yang didakwa) itu kaya ataupun miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Nisa’ 4:135)
(Surah al-Nisa’ 4:135)
6. Maka , MHS menyeru kepada penyokong dan penentang DSAI, terimalah apa jua keputusan mahkamah tentang kes DSAI. Mahkamah tidak buat keputusan dalam satu atau 2 hari. Mereka telah bersidang bertahun-tahun untuk menegakkan KEADILAN.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...