BUKTI NYATA MASYARAKAT CINA SINGAPORE TOLAK IDEA PAP SETELAH 50 TAHUN , PERSOALAN KENAPA KITA PERLU PULA TERIMA DAP?

26 Jan 20140 comments




1. Konsep Sama rata Sama rasa yang dinikmati oleh Penduduk Negara Singapura mula membuahkan hasilnya. 

2. Namun, apakah hasil itu memuaskan hati rakyat dan penduduk di Singapura? Ternyata hasilnya amat ditolak oleh rakyat Singapura ketika ini. 

3. Konsep sama rata sama rasa telah menyebabkan ramai dalam kalangan migran yang kaya raya diberikan hak kerakyatan Singapura dengan mudah, katanya ianya bagus untuk Ekonomi Singapura. 

4. Hakikatnya , penduduk sebenar Singapura terpaksa bersaing dari segi ekonomi dan peluang pendidikan. Kebanyakan ekonomi Singapura dikuasai oleh migran yang menjadi warganegara. 

5. Semakin hari , semakin tinggi kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat sebenar. Manakan tidak jika kuasa beli rakyatnya tidak setara dengan kuasa beli migran yang diangkat menjadi warganegara sendiri (sama rata sama rasa). 

6. Rakyat Singapura lebih banyak membanjiri Johor untuk membeli rumah yang jauh lebih murah berkali-kali ganda daripada Singapura. Mereka seperti diusir secara diplomatik di negara sendiri. 

7. Rakyat Singapura tanpa mengira keturunan bangsa ketika ini baik Cina, Melayu dan India mula merasa tekanan hidup dengan konsep meritokrasi secara total tanpa kawalan yang mengambil konsep Singaporean Singapore. 

8. Kesan langsung mengenai konsep ini adalah Migran lebih ramai berbanding rakyat sendiri. Mereka kebanyakannya bukan sahaja datang daripada negara serantau tetapi datang daripada CHINA. Taycoon-taikun dari China ini memonopoli ekonomi mereka. Tambahan kadar kelahiran rakyat negara Singapura semakin hari semakin menurun. 

9. Disebabkan itu juga menurut sebuah laporan antarabangsa menyatakan rakyat Singapore paling tidak bahagia jika dibandingkan dengan negara-negara Serantau Asia. 

10. Tidak mustahil kini, ada dalam kalangan rakyatnya sendiri melabel Parti PAP , bapa kandung Parti DAP di Malaysia sebagai "PARTY AGAINST PEOPLE" 


11. Masyarakat Cina perlu merujuk perkembangan PAP jika betul-betul mahu menyokong DAP dengan konsep Malaysian Malaysia. Kajian perlu dilakukan masyarakat Cina Malaysia dari aspek budaya , agama, politik dan ekonomi serta buat unjuran sehingga 100 tahun apa akan terjadi kepada Cina Singapore dari aspek-aspek yang dinyatakan . Bangsa Cina mungkin tidak akan menjadi bangsa Cina lagi ... lenyap ditelan zaman.. 

12. Masyarakat Cina mungkin lebih selesa dalam tempoh 100 tahun akan datang sekiranya lebih bertoleransi dengan Masyarakat Berbilang kaum di Malaysia dan tidak mengganggu hak-hak kaum lain yang telah dipersetujui bersama. 




Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team