CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK TERHADAP WARGA -WARGA SINGAPURA , THAILAND DAN SEUMPAMA DENGANNYA . KERAJAAN BOLEH DAPAT UNTUNG!

3 Feb 20140 comments


1. Rasionalisasi subsidi penting bagi membuktikan bahawa kerajaan bersikap adil kepada rakyat, yang mana miskin dibantu. Begitulah konsepnya. 

2. Dengan erti kata lain, kebanyakan subsidi hanya diberikan kepada yang layak sahaja. 

3. Selalunya mekanisme rasionalisasi subsidi ini mudah dikenakan terhadap barang petroleum seperti minyak petrol umpamanya.

4. Ketika ini minyak petroleum di Malaysia dijual kepada semua (warganegara dan bukan warganegara) sama rata sama rasa. Meskipun wujud larangan pembelian Ron 95/NGV oleh kenderaan berplat nombor asing namun secara praktikalnya ketika ini sukar pihak penjual mengawalnya. Maka warga asing juga menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia. 

5. Kenapa tidak Kerajaan mewujudkan satu sistem yang komprehensif mengguna pakai Kad Pengenalan MY Kad untuk penjualan Petrol RON 95 dan 97 ?Maksudnya pemegang MYKad boleh "swipe" untuk membeli Petrol RM95/97 atau NGV bersubsidi di pam minyak. 

6. Maka pengawalan Harga bersubsidi / tidak bersubsidi dapat dijalankan dengan mudah dan adil. 

7. Warga asing juga tidak akan mendapat subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga boleh membuat untung dengan menjual kepada warga asing yang tidak boleh "swipe" myKad kerana tidak memiliki Mykad dengan harga yang tinggi .

Contohnya Malaysia boleh jual RON 95 dengan harga RM 5 per liter dan RM 8 per liter untuk RON 97. 

8. Dengan adanya sistem Kad Pengenalan yang boleh track  subsidi ini, rakyat Malaysia juga boleh mengetahui berapakah jumlah subsidi yang diterima oleh mereka. Canggih bukan?! 

9. Melalui pemerhatian MHS, MyKad Malaysia ini telah mengalami beberapa kali proses transformasi dan boleh digunakan untuk tujuan perbankan dan Touch n Go.  Sampai bila kad pengenalan Malaysia yang canggih ini hanya digunakan untuk kad pengenalan diri semata-mata?! Ianya boleh dimanfaatkan lebih dari itu.  

10. Melalui cara ini juga kita boleh mengajar Rakyat Singapura untuk lebih bersopan di jalan raya Malaysia supaya mereka tidak membazirkan minyak petrol mereka untuk memecut di jalanraya kerana terpaksa membeli minyak petrol dengan kadar yang mahal. 

11. Cakap - cakap mengenai kedatangan warga Singapura akan berkurang jika Kerajaan mengenakan perkara-perkara ini adalah cakap-cakap orang bodoh dan sengal kerana di mana lagi rakyat Singapura boleh berbelanja dengan mewah jika tidak di Malaysia! Mustahil mereka perlu pergi ke Batam naik kapal setiap minggu  untuk mendapatkan barangan harian yang lebih murah! 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team